Sindrom lesu kronik, juga dipanggil ensefalomielitis mialgik, merupakan keadaan jangka masa panjang yang mengakibatkan penurunan keupayaan untuk melakukan aktiviti, keletihan yang bertambah teruk selepas melakukan aktiviti, tidur yang tidak menyegarkan dan masalah kognitif.[3][4] Gejala-gejala tersebut akan menjadi semakin teruk berbanding sebelum onset; walaupun mungkin berubah mengikut masa.[4][11] Kesakitan di tubuh badan juga sering hadir.[4] Gejala mungkin akan bertambah teruk sehingga seseorang tidak dapat meninggalkan katil.[1]

Fakta Segera Nama lain, Pengkhususan ...
Sindrom lesu kronik
Nama lain
Ensefalomielitis mialgik / sindrom lesu kronik (ME/CFS),[1] ensefalopati mialgik (ME), sindrom lesu pasca-virus (PVFS), sindrom nyahfungsi imun lesu kronik (CFIDS), penyakit intolerans pergerakan sistemik (SEID)[2]
Thumb
Gambaran artistik berkenaan simptom yang dialami oleh seorang wanita dengan keadaan tersebut
PengkhususanReumatologi
GejalaPenurunan keupayaan untuk melakukan aktiviti, keletihan bertambah buruk selepas melakukan aktiviti, tidur yang tidak menyegarkan, masalah kognitif[3][4]
Permulaan biasa
usia 40 ke 60 tahun[5]
Tempoh> 3 hingga 6 bulan[6][4]
PuncaTIdak diketahui[6]
Wanita, jangkitan, tekanan psikologi atau fizikal, sejarah keluarga[7][5]
Berdasarkan gejala, selepas menolak kemungkinan punca lain[3]
Keletihan kronik, fibromialgia, polimialgia reumatika, kemurungan, aras tiroid rendah, HIV/AIDS, sklerosis berbilang[8]
RawatanRawatan simptomatik[9]
PrognosisBerbeza antara berlainan individu[10]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Punca sindrom tersebut tidak jelas; walaupun gabungan beberapa faktor dipercayai terlibat.[7] Mekanisme cadangan terlibat dengan sindrom ini termasuklah jangkitan, perubahan sistem imun, perubahan hormon, perubahan metabolisme, dan genetik.[6] Diagnosis sindrom ini adalah berdasarkan gabungan beberapa simptom lebih daripada 3 atau 6 bulan, yang bukan disebabkan oleh keadaan lain.[3][4]

Tiada penawar atau rawatan khusus; namun terdapat beberapa usaha bertujuan untuk memperbaiki gejala.[9] Pengurusan aktiviti peribadi mengikut rentak yang sesuai dengan keadaan seseorang itu boleh membantu untuk mengelak pemburukan gejala selepas aktiviti.[9][3] Kaunseling boleh membantu beberapa aspek keadaan tertentu.[9] Terapi senaman berperingkat tidak disyorkan sejak 2021.[3] Mereka yang terjejas mungkin menghadapi masalah keterlibatan dari segi pekerjaan, kesekolahan dan aktiviti kemasyarakatan.[1] Walaupun sesetengahnya bertambah baik dari semasa ke semasa, sesetengah lain pula menjadi kurang berupaya untuk tempoh masa yang panjang.[10][12]

Sindrom lesu kronik menjejaskan kira-kira 0.9% orang.[13][14] Kira-kira 0.8 hingga 2.5 juta orang dianggarkan terjejas di Amerika Syarikat pada 2015.[5] Mereka yang berumur antara 40 dan 60 tahun paling kerap terjejas; dengan wanita terjejas 1.5 hingga 4 kali lebih kerap berbanding lelaki.[13][5] Namun, sindrom ini boleh berlaku pada peringkat umur lain, termasuk pada usia kanak-kanak dengan prevalens mencecah 0.2%.[15] Keadaan ini telah diterangkan sekurang-kurangnya sejak era 1930-an.[8] Penyakit ini dinamakan "ensefalomielitis mialgik benigna" pada era 1950-an manakala istilah "sindrom lesu kronik" diperkenalkan pada era 1980-an.[16][17] Kedua-dua istilah itu digabungkan pada tahun 2003.[17]

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.