From Wikipedia, the free encyclopedia
Sinaran ialah sebuah filem muzikal romantik gabungan tiga negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia[1] arahan Osman Ali terbitan Nuansa Sdn. Bhd. Filem lakonan Lisa Surihani,[2] Evan Sanders,[2] Izara Aishah dan Syarif Sleeq ditayangkan di pawagam pada 26 November 2015. Judul filem ini diambil daripada lagu nyanyian Datuk Sheila Majid dengan judul sama.[3]
Sinaran | |
---|---|
Pengarah | Osman Ali |
Penulis | Osman Ali |
Lakon layar | Osman Ali |
Dihasilkan oleh | Brandon Siow Sebastian Tan Julian Jayaseela |
Dibintangi | Lisa Surihani Evan Sanders Izara Aishah Syarif Sleeq |
Syarikat penerbitan | Nuansa Sdn BhdSinaran PicturesShooting Gallery Asia |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 100 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Mengisahkan tentang pelajar baru kolej bernama Shila yang belajar mengenai cabaran dalam menjalani kehidupan dan dalam perhubungan cinta. Shila (Lisa Surihani) dipaksa oleh rakannya Tina (Izara Aishah) untuk menyertai kelas tarian di kolejnya. Tina kecewa apabila Andre (Evan Sanders) mahu Shila menjadi pemimpin dalam persembahan mereka. Shila dengan berat hatinya bersetuju. Andre dan Shila mula jatuh cinta. Andre tidak mempedulikan kawan baiknya, Dafi yang mempunyai masalah dengan ah long. Tina dan Dafi bersepakat. Tina mengambil alih pasukan persembahan dan menang pertandingan. Tina semakin popular dan persahabatan dengan Shila semakin pudar. Cinta dan persahabatan menjadi pertaruhan manakala pertandingan akhir tarian pula semakin hampir. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.[4]
Sinaran merupakan filem kesembilan arahan Osman Ali dan filem pertamanya bagi genre muzikal.[6] dan filem kedua Lisa Surihani bersama Osman selepas filem Ombak Rindu [7] dan ia memerlukan beliau untuk mempelajari tarian.[8] Ia bukanlah sebuah filem adaptasi atau seram, ia merupakan sebuah filem genre percintaan remaja yang berlatar belakangkan muzikal yang kesemuanya adalah lagu daripada penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid.[1] Mengakui ini kali pertama menghasilkan filem yang sedikit muzikal, memberikan satu pengalaman baharu kepadanya dalam dunia pengarahan.[1] Menurut Osman, idea asal untuk menghasilkan filem tersebut adalah cetusan daripada pihak penerbit sendiri iaitu Sinaran Pictures dari Singapura yang merupakan antara peminat setia Sheila Majid.[1][9]
Penggambaran filem ini dijalankan pada September 2014, Sinaran juga mendapat kerjasama daripada tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.[1] Osman berkata: "Kerjasama itu termasuk dari segi penerbitan, peralatan, pelakon, lokasi penggambaran dan tenaga kerja sendiri yang memberikan satu kelainan dan jalinan kerjasama yang baharu kepada kami semua. Namun kebanyakan penggambaran dilakukan di Singapura iaitu selama 30 hari, 25 hari di Malaysia dan tiga hari di Indonesia,".[1] Osman juga menjelaskan pihak mereka memilih untuk kerjasama dalam filem tersebut kerana tidak mahu filem Sinaran menjadi filem Malaysia sahaja, tetapi mahukan satu filem pelbagai budaya.[1]
Sebagai pengarah baharu untuk filem konsep muzikal, Osman mengakui beliau banyak mendapatkan perbincangan daripada koreografer tarian. Menurutnya, koreografer akan fokus pada nyanyian dan tarian, dan beliau fokus pada lakonan dan penceritaan. Mengenai pemilihan pelakon, Osman memberitahu, sebenarnya ada antara beberapa nama pelakon terkenal Malaysia menjadi pilihan penerbit dan pengarah untuk dipilih pada permulaannya.
Treler awal dan rasmi filem ini telah dikeluarkan di akaun YouTube Sinaran Pictures pada 11 Februari 2015[10] dan di akaun YouTube Golden Screen Cinemas pada 12 Oktober 2015.[11]
Ratu jazz negara Datuk Sheila Majid turut membuat penampilan istimewa menyanyikan lagu baharu "Sinaran Cinta" yang merupakan runut bunyi filem ini.[12]
Filem Sinaran ditayangkan serentak di pawagam di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei pada 26 November 2015.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.