Simfoni No. 5 (Beethoven)
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Simfoni No 5 dalam C minor karya Ludwig van Beethoven, Op. 67, digubah dalam tahun 1804–1808. Simfoni ini merupakan satu daripada gubahan muzik klasik yang paling terkenal dan popular, dan juga salah satu daripada simfoni yang paling kerap dimainkan.[1] Gubahan ini dimainkan buat kali pertama di Theater an der Wien, Vienna, dalam tahun 1808 dan menjadi masyhur tidak lama kemudian. E. T. A. Hoffmann menggambarkan simfoni ini sebagai "satu daripada karya yang penting buat sepanjang masa".
Gubahan ini bermula dengan motif empat not "pendek-pendek-pendek-panjang" tersendiri:(dengar (bantuan·maklumat))
Simfoni ini, dan motif pembukaan empat not khususnya, amat terkenal di seluruh dunia dan sering kedengaran dalam budaya popular, daripada muzik disco hingga ke rock and roll, dan juga penampilan dalam filem dan televisyen.
Simfoni Kelima dipersembahkan buat kali pertama pada 22 Disember 1808 dalam sebuah konsert besar yang memainkan hanya gubahan-gubahan Beethoven dan diarah oleh Beethoven sendiri, di Theater an der Wien, Vienna.[2] Konsert mengambil masa lebih dari empat jam. Dua buah simfoni dimainkan dalam susunan terbalik: Simfoni Keenam dipersembahkan dahulu, dan Kelima dimainkan dalam bab kedua.[3] Program konsert adalah seperti berikut:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.