![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d8/Mojaddedi_in_September_2014.jpg/640px-Mojaddedi_in_September_2014.jpg&w=640&q=50)
Sibghatullah Mojaddedi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sibghatullah Mojaddedi (Pashto: صبغت الله مجددي) (lahir 1926 di Kabul) adalah Presiden Negara Islam Afghanistan pertama setelah jatuhnya rejim komunis pada tahun 1992. Dia juga adalah pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Afghan (Afghan National Liberation Front).
Fakta Segera Presiden Afghanistan Pemangku, Perdana Menteri ...
Sibghatullah Mojaddedi صبغت الله مجددی | |
---|---|
![]() | |
Presiden Afghanistan Pemangku | |
Dalam jawatan 27 April 1992 – 28 Jun 1992 | |
Perdana Menteri | Abdul Sabur Farid Kuhestani |
Didahului oleh | Mohammad Najibullah |
Digantikan oleh | Burhanuddin Rabbani |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1926 Kabul, Afghanistan |
Parti politik | Barisan Pembebasan Kebangsaan Afghan |
Tutup
Professor Mojadeddi telah menyerahkan kuasa presiden kepada Burhanuddin Rabbani berdasarkan sebuah perjanjian yang dicapai oleh pasukan Mujahidin di Pakistan. Beliau tidak dapat mendirikan sebuah perdamaian di antara puak Mujahidin.
Pada Disember 2003, beliau menjadi ketua Loya Jirga yang menerima perlembagaan baru untuk Afghanistan.