![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/bc/Shia_LaBeouf_at_TIFF_2017_%252836949725591%2529_%2528cropped%2529.jpg/640px-Shia_LaBeouf_at_TIFF_2017_%252836949725591%2529_%2528cropped%2529.jpg&w=640&q=50)
Shia LaBeouf
From Wikipedia, the free encyclopedia
Shia Saide LaBeouf[1] (/ˈʃaɪ.ə ləˈbʌf/ ( dengar); lahir 11 Jun 1986)[2] merupakan pelakon, artis seni persembahan dan pembikin filem Amerika Syarikat.[3][4] Beliau dikenali terutama golongan muda menerusi watak sebagai Louis Stevens dalam sebuah siri televisyen di Disney Channel, Even Stevens, yang mana beliau menerima pencalonan Daytime Emmy Award pada tahun 2001 sebelum memenanginya pada tahun 2003. LaBeouf muncul dalam filem pertamanya berjudul The Christmas Path pada tahun 1998. Pada tahun 2004, beliau melakukan cubaan mengarah sebuah filem pendek berjudul Let's Love Hate dan filem pendek Maniac (2011), yang dibintangi oleh Cage dan Kid Cudi.
Shia LaBeouf | |
---|---|
![]() LaBeouf di TIFF 2017 | |
Kelahiran | Shia Saide LaBeouf (1986-06-11) 11 Jun 1986 (umur 38) |
Pekerjaan | Pelakon, pembikin filem, artis seni persembahan |
Tahun aktif | 1996–kini |
Ketinggian | 176 cm (5 ka 9 in) |
Rakan kongsi domestik | Mia Goth (2012–kini) |
Pada tahun 2007, LaBeouf membintangi filem Disturbia dan Surf's Up selain dalam tahun yang sama berlakon dalam filem cereka sains arahan Michael Bay, Transformers sebagai Sam Witwicky, watak protagonist utama dalam siri tersebut. Beliau kemudiannya muncul dalam sekuel Transformers: Revenge of the Fallen (2009) dan Transformers: Dark of the Moon (2011), yang masing-masing turut menjadi filem pecah panggung seperti siri yang pertama. Pada tahun 2008, beliau diberi kepercayaan melakonkan watak Henry "Mutt Williams" Jones III dalam Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull.
Selain itu, beliau turut muncul dalam Wall Street: Money Never Sleeps (2010), Lawless (2012), The Company You Keep (2012), Nymphomaniac (2013), Fury (2014), American Honey (2016), dan Borg/McEnroe (2017).
Sejak tahun 2014, LaBeouf telah melibatkan diri dalam pelbagai projek seni persembahan bersama LaBeouf, Rönkkö & Turner.