Sesi khas kecemasan kesebelas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sesi khas kecemasan kesebelas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah suatu sesi bagi menangani isu pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang berlaku sejak Februari 2022. Sesi tersebut diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bandar raya New York, Amerika Syarikat[1] dan dibuka pada 28 Februari 2022.[2] Ia ditangguhkan buat sementara pada 2 Mac, yang diikuti dengan penerimaan Ketetapan PBB ES-11/1.[3] Sesi tersebut bersidang semula pada 23 dan 24 Mac untuk menerima pakai Ketetapan PBB ES-11/2 dan pada 7 April untuk menerima pakai Ketetapan PBB ES-11/3, yang menggantung keanggotaan Persekutuan Rusia daripada Majlis Hak Asasi Manusia.[4]
Fakta Segera Sesi khas kecemasan kesebelas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu سيسي خاص کچمسن کسبلس ڤرهيمڤونن اݢوڠ ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو, Tarikh ...
Sesi khas kecemasan kesebelas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu سيسي خاص کچمسن کسبلس ڤرهيمڤونن اݢوڠ ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو | |
---|---|
Tarikh | 28 Februari 2022 hingga kini |
Tempat | Ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Bandar raya | Bandaraya New York, Amerika Syarikat |
Peserta | Negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Tapak web | www |
Tutup