Burung Serindit
From Wikipedia, the free encyclopedia
Serindit adalah sejenis burung parrot dari genus Loriculus . Ia adalah merupakan sekumpulan parrot kecil yang berasal dari kawasan tropika selatan Asia. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. [1]
Fakta Segera Serindit سرينديت, Pengelasan saintifik ...
Serindit سرينديت | |
---|---|
Burung Serindit Biasa | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Psittaciformes |
Keluarga: | Psittaculidae |
Subkeluarga: | Agapornithinae |
Genus: | Loriculus Blyth, 1849 |
Spesies | |
Lihat teks |
Tutup
Serindit mempunyai saiz sekitar 13 sm (5 in) panjang, kebanyakkan bulunya berwarna hijau dan berekor pendek. Biasanya warna di kepala burung serindit membantu bagi mengenal pasti spesiesnya.[2] Serindit serindit merupakan sejenis burung yang unik kerana keupayaannya untuk tidur dengan kedudukan terbalik (iaitu kepala di bawah).[3]