![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/de/V-2_Rocket_On_Meillerwagen.jpg/640px-V-2_Rocket_On_Meillerwagen.jpg&w=640&q=50)
Senjata-V
From Wikipedia, the free encyclopedia
Senjata-V, dikenali dalam bahasa asal Jerman sebagai Vergeltungswaffen (Sebutan bahasa Jerman: [fɐˈgɛltʊŋsˌvafṇ], Jerman: "senjata pembalasan", "senjata tindak balas"), adalah satu set senjata artileri jarak jauh yang direka untuk pengeboman strategik semasa Perang Dunia II, terutamanya pengeboman ganas dan/atau pengeboman udara ke atas bandar-bandar.[1][2] Ia terdiri daripada V-1, iaitu peluru berpandu krus berenjin denyutan jet, V-2, iaitu peluru berpandu balistik berenjin bahan api cecair (sering dirujuk sebagai V1 dan V2), dan meriam V-3. Kesemua senjata ini bertujuan digunakan dalam kempen militari menentang Britain, namun hanya V-1 dan V-2 telah digunakan dalam kempen 1944–45. Selepas penyerbuan tentera Bersekutu ke atas Eropah, senjata ini juga digunakan terhadap sasaran tanah besar Eropah, terutamanya Britain dan Belgium. Pengeboman ganas V mengorbankan kira-kira 18,000 orang, kebanyakannya penduduk awam. Bandaraya London, Antwerp dan Liège adalah sasaran utama.[3][4]
- Artikel ini adalah mengenai penggunaan ofensif senjata-V dan kempen ketenteraannya. Untuk huraian setiap senjata, lihat V-1 (bom terbang), V-2 dan meriam V-3. Untuk "superweapon" Jerman yang lain, lihat Wunderwaffe.
![]() ![]() |
Senjata ini adalah sebahagian daripada barisan Wunderwaffe (bahasa Inggeris: superweaponcode: en is deprecated atau secara harfiahnya 'senjata ajaib') Jerman Nazi.