Senarai penerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan (Svensk: Nobelpriset i fysiologi eller medicincode: sv is deprecated ) dianugerahkan setiap tahun oleh Institut Karolinska Sweden kepada para saintis dan doktor dalam pelabagai bidang fisiologi atau perubatan. Ia merupakan salah satu daripada lima Hadiah Nobel yang telah ditubuhkan mengikut wasiat 1895 Alfred Nobel (yang telah meninggal dunia pada tahun 1896), dianugerahkan bagi sumbangan cemerlang dalam kimia, fizik, kesusasteraan, keamanan dan fisiologi atau perubatan.[1] Seperti yang ditetapakan mengikut wasiat Nobel, anugerah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dianugerahkan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima ahli dan seorang setiausaha eksekutif dipilih oleh Institut Karolinska.[2][3] Semetara secara amnya dirujuk kepada sebagai Hadiah Nobel dalam Perubatan, Nobel secara khususnya menyatakan yang hadiah ini dianugerahakan untuk "fisiologi atau perubatan" dalam wasiatnya. Disebabkan ini, hadiah ini boleh dianugerahkan dalam lebih luas bidang.[3] Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pertama telah dianugerahkan pada tahun 1901 kepada Emil Adolf von Behring, dari Jerman. Setiap penerima menerima sebuah pingat, segulung diploma dan anugerah kewangan yang berbeza setiap tahun.[4] Pada tahun 1901, von Behring telah menerima 150,782 SEK, yang bersamaan dengan 7,731,004 SEK pada Disember 2008. Pada tahun 2013, hadiah ini telah dianugerahkan kepada James E. Rothman, Randy W. Schekman dan Thomas C. Südhof;[5] mereka diiktiraf "selepas menemui bagaimana sel-sel mengangkut bahan secara tepat".[6] Anugerah ini dianugerahkan di Stockholm di sebuah majlis tahunan pada 10 Disember, ulang tahun kematian Nobel.[7]
Penerima telah memenangi Hadiah Nobel dalam pelagai bidan yang berkaitan dengan fisiologi atau perubatan. Pada tahun 2009, 8 Hadiah telah dianugerahkan untuk sumbangan dalam bidang field of isyarat transduksi oleh G protein dan utusan kedua, 13 telah dianugerahkan dalam bidang neurobiologi dan 13 telah dianugerahkan untuk sumbangan dalam Metabolisme Perantara.[3] Gerhard Domagk (1939), warga Jerman, telah tidak dibenarkan oleh kerajaannya untuk menerima hadiah ini. Beliau kemudian telah menerima sebuah pingat dan diploma, tetapi bukanya wang.[8] Sebelas wanita telah memenangi hadiah ini: Gerty Cori (1947), Rosalyn Yalow (1977), Barbara McClintock (1983), Rita Levi-Montalcini (1986), Gertrude B. Elion (1988), Christiane Nüsslein-Volhard (1995), Linda B. Buck (2004), Françoise Barré-Sinoussi (2008), Elizabeth H. Blackburn (2009), Carol W. Greider (2009) dan May-Britt Moser[9] Pada 2013, hadiah ini telah dianugerahkan kepada 204 orang individu. Terdapat sembilan tahun di mana Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan telah tidak dianugerahkan (1915–1918, 1921, 1925, 1940–1942).