Senarai filem cetera animasi panggung Disney
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Berikut ialah senarai filem cetera animasi diterbitkan atau dikeluarkan oleh The Walt Disney Company atau pendahulunya, Walt Disney Productions. Senarai ini telah dibahagikan mengikut kategori sub-studio, dan sebagainya.
Walt Disney Studios mula bekerja terhadap filem tayangan singkat animasi pada 1923. Kemudian, pada 1938, studio tersebut mengeluarkan filem animasi cetera pertamanya dengan Snow White and the Seven Dwarfs, dan telah meneruskan penerbitan tayangan singkat, filem cetera singkat, dan filem cetera sehingga hari ini. Sepanjang tahun-tahun berikutnya, studio tersebut telah memperluas pencapaiannya. Antara bekerjasama dengan studio lain untuk membantu penerbitan filem-filem kepada filem cetera animasi edaran The Walt Disney Company diterbit oleh syarikat lain, Walt Disney Studios tidak lagi menerbitkan semua kandungan animasi mereka di bawah nama Disney. Filem terkininya, Winnie the Pooh, dikeluarkan pada 2012, menandakan filem animasi cetera ke-51 studio tersebut.