Senarai baka angsa
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Berikut adalah senarai baka-baka angsa domestik dan separa domestik. Angsa dibiakkan untuk tujuan mendapatkan daging yang mana popular di negara-negara berbahasa Jerman sekitar Kristmas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendapatkan telur, schmaltz, atau hati (foie gras). Beberapa baka-baka terpilih telah dibiakkan dengan tujuan utama untuk mengawal rumpai (seperti angsa Cotton Patch), atau sebagai haiwan pengawal dan laga angsa (seperti angsa Steinbach Fighting dan angsa Tula Fighting).
Baka-baka angsa biasanya dikelaskan kepada tiga kelas berat iaitu; Berat, Sederhana dan Ringan. Kebanyakan angsa domestik berasal daripada angsa Greylag (Anser anser). Angsa China dan Afrika pula merupakan baka-baka domestik daripada angsa swan (A. cygnoides); ia boleh dikenali melalui paruh bertombol yang jelas.[1]
Beberapa baka seperti angsa Obroshin dan angsa Steinbach Fighting, berasal daripada hibrid spesies-spesies ini (hibrid jantan biasanya subur -; lihat Peraturan Haldane). Selain itu, dua spesies angsa yang dibela sebagai haiwan domestik di beberapa kawasan, tetapi tidak diternak sepenuhnya lagi dan tiada baka-baka yang berbeza telah dibangunkan.