Senapang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Senapang (disebut [sĕ.na.pang], Jawi: سناڤڠcode: ms is deprecated ) ialah sejenis senjata api terdiri daripada suatu laras panjang – lebih besar dan panjang daripada pistol dan lebih kecil serta pendek daripada meriam – yang diisi dengan peluru.[1]
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/91/Japanese_Minie_rifle%28Mirror%29.jpg/640px-Japanese_Minie_rifle%28Mirror%29.jpg)
Perkataan ini meminjam dari Belanda: snappaancode: nl is deprecated [2] iaitu sejenis senjata api mudah alih berlaras panjang dan berkancing batu api yang agak berbeza daripada apa yang biasa diketahui masyarakat setempat pada ketika itu;[3][4] ia datang dari cara senjata ini digunakan dengan menarik (snappen) bahagian kancing jenis sebegitu (haan).[2]