Semur
From Wikipedia, the free encyclopedia
Semur ialah stu daging Indonesia (terutamanya daging lembu) yang direbus dalam kuah perang pekat. Ia biasa ditemui dalam masakan Indonesia.[1] Bahan utama dalam kuah ialah kicap manis, bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, buah keras, buah pala dan bunga cengkih (dan kadangkala dengan lada hitam, ketumbar, jintan manis dan kayu manis).[2]
Semur | |
---|---|
Nama alternatif | Smoor (dialek Belanda) |
Jenis | Makanan |
Jenis sajian | Hidangan utama |
Tempat asal | Indonesia |
Kawasan/rantau | Asia Tenggara |
Suhu penghidangan | Panas atau suhu bilik |
Bahan utama | Daging lembu dan kentang direneh dalam kicap manis, dengan bawang putih, bawang merah, buah pala, cengkih dan kayu manis, ditaburi dengan bawang merah goreng |
Bahan yang biasa digunakan | Daging lembu, ubi kentang, soy sauce, air, Minyak masak, garam, red onion, bawang putih, Lada, ginger |
Keragaman/variasi | Lidah lembu, ayam, tauhu, telur, ikan |
sunting · sunting di Wikidata |
Kicap manis ialah bahan terpenting dalam proses pembuatan semur kerana ia berfungsi untuk menguatkan rasa, tetapi ia perlu diadun secara harmoni dengan bahan-bahan lain. Selain rempah ratus dan perasa, semur juga terdiri daripada pelbagai bahan utama seperti daging (terutama daging lembu), lidah lembu,[3] kentang, tauhu, tomato, tempe, telur, ayam, ikan dan sering ditabur bawang merah goreng atau variasi lain mengikut citarasa masyarakat di setiap wilayah.