![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1d/SM_Sains_Sultan_Mohamad_Jiwa_logo.png/640px-SM_Sains_Sultan_Mohamad_Jiwa_logo.png&w=640&q=50)
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (lebih dikenali sebagai Sains Kedah, SMSSMJ, kadangkala Mad Jiwa, dan terkini SMadJiwa, sempena Perayaan Jubli Emas) ialah salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Kedah, utara Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Fakta Segera Lokasi, Maklumat ...
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Jalan Badlishah, 08000 Sungai Petani, Kuala Muda, Kedah Darul Aman, Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Berprestasi Tinggi |
Moto | Berilmu dan Berbudi |
Ditubuhkan | 1973 |
Nombor sekolah | +604 421 8711 |
Kod sekolah | KEE3105 |
Pengerusi PIBG | Encik Mohd Yusoff bin Mohd Shariff |
Pengetua | Puan Noraini binti Mohamad Isa |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Ku Nor Suriati binti Ku Ishak |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Cik Norfariza binti Abdul Karim |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Izady bin Ibrahim |
Laman sesawang | http://www.sciencekedah.edu.my/ |
Tutup
Pada 2024, Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa memiliki 281 pelajar lelaki dan 281 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 562 orang. Ia mempunyai seramai 56 orang guru.
Alumni sekolah ini dikenali sebagai ASSAK (Alumni Sekolah Sains Kedah)[1].