From Wikipedia, the free encyclopedia
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung adalah sebuah sekolah menengah harian yang terletak di Kampung Banggol Pauh, Pendang, Kedah. Sekolah ini telah ditubuhkan 1 Disember, 1994 dan telah dirasmikan oleh Tunku Temenggung Kedah pada 10 April 1996. Setakat bulan Jun 2009, SMK Tunku Temenggung kini memiliki guru seramai 74 orang dan bilangan pelajar pula seramai 994 orang.[1]
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung | |
---|---|
Lokasi | |
Lot 1875, Mukim Air Puteh, Kg. Banggol Pauh, 06700, Pendang, Kedah, Malaysia Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) |
Moto | Berilmu Beriman Beramal |
Ditubuhkan | 1994 |
Pengetua | 1. Tuan Haji Zainol Abidin bin Ahmad (1994-1997)
2. Muhammad Afiq Bin Shahrizal (1997-2002) 3. Iman Fitri Abu Bakar (2002-2011) 4. Syahir Bin Ismail (2021 - Sekarang) |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Mejar (B) Abidin bin Ahmad (1994-1997) |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Zaleha binti Tomijan (1994-1997) |
Laman sesawang | http://smktunkutemenggung.net |
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung telah ditubuhkan pada 1 Disember 1994. Pada peringkat awal menumpang di Sekolah Kebangsaan Pendang. Sekolah ini pada awalnya didaftarkan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang Dua. Pada ketika itu jumlah bilangan pelajar seramai 223 orang termasuk 29 pelajar tingkatan 5 aliran Kejuruteraan di kenali sebagai 5 Kejuruteraan . Kesemua 29 pelajar ini diambil khas dari sekolah-sekolah di sekitar daerah Padang Terap/Pendang . Manakala bilangan guru adalah seramai 18 orang termasuk 1 pembantu Tadbir dan 1 Pembantu Am Rendah.
Pada tanggal 10 April 1996 berpindah ke bangunan sendiri di Kg Banggol Pauh. Pada awal penubuhan sekolah ini hanya mengandungi 6 blok pembelajaran, 1 dewan serbaguna dan 1 kafeteria.
Pada tarikh 1 Disember 1997, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang Dua ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung. Terdapat 2 sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang. Pada sesi pagi untuk pelajar Tingkatan 1,3,4 dan 5. Manakala sesi petang pula hanya untuk pelajar Tingkatan 2 .
Jarak antara sekolah dengan pekan Pendang kira-kia 2 km, manakala jarak di antara sekolah dengan Bandar Alor Star ialah 16 km.
Berilmu Beriman Beramal
Setiap insan boleh dididik ke arah kecemerlangan.
Melaksanakan pengurusan pendidikan secara profesional dan dinamik demi melahirkan insan yang cemerlang berteraskan [Falsafah Pendidikan Kebangsaan] ke arah mencapai kejayaan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tuku Temenggung akan menjadi antara Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Kedah pada Tahun 2010
Pasukan Bola Sepak SMK Tunku Temenggung dinamakan 'Deep Purple'. Pasukan Bola Sepak SMK Tunku Temenggung mendapat jolokan nama Deep Purple berdasarkan warna jersi disarung yang juga warna utama sekolah dan antara pencapaian terbaik ialah pernah mendapat tempat kedua Daerah Padang Terap/Pendang dalam kejohanan Bola Sepak Daerah Padang Terap Pendang. Pasukan dibawah kendalian jurulatih/guru berpengalaman Mohd Hilmi bin Jaafar.
Nama penuh | Kelab Bola Sepak SMK Tunku Temenggung | ||
---|---|---|---|
Gelaran | Unggu (Deep Purple) | ||
Diasaskan | April 1994 | ||
Stadium | Padang dan Balapan Sekolah (Kapasiti: 500) | ||
Pemilik | Warga [Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung] | ||
Pengerusi | Pengetua | ||
Pengurus | Guru Kelab Bola Sepak Sekolah | ||
Liga | Liga SMK PTP | ||
Liga SMK PTP 1994-2010 | Liga SMK PTP, 4th | ||
| |||
Musim semasa |
Terdapat 4 rumah sukan di SMKTT:
Kelab dan Persatuan di SMK Tengku Temenggung:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.