Sejarah Republik China
From Wikipedia, the free encyclopedia
Republik China (Cina Tradisional: 中華民國code: zh is deprecated ; pinyin: Zhōnghuá Mínguó) menggantikan Dinasti Qing pada tahun 1912 dan dengan itu, mengakhiri 2,000 tahun pemerintahan maharaja China. Semenjak pertubuhannya, republik tersebut mengalami banyak kesusahan kerana dikuasai oleh banyak hulubalang, serta dipecah belah oleh kuasa asing. Pada tahun 1928, republik tersebut disatukan pada nama sahaja oleh Kuomintang (KMT), dan berada dalam peringkat-peringkat pengindustrian dan pemodenan yang awal ketika ia terperangkap dalam pertempuran-pertempuran antara kerajaan Kuomintang, Parti Komunis Cina, saki-baki hulubalang, dan Jepun. Kebanyakan usaha pembangunan negara dihentikan semasa Perang Penentangan terhadap Jepun antara tahun 1937 hingga 1945. Jurang antara Kuomintang dengan Parti Komunis Cina yang semakin besar kemudiannya memustahilkan sebuah kerajaan campuran, dan mengakibatkan Perang Saudara Cina bermula semula.
Sejarah China | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
PURBA | |||||||
3 Tokoh Mulia & 5 Maharaja | |||||||
Dinasti Xia 2100–1600 BCE | |||||||
Dinasti Shang 1600–1046 BCE | |||||||
Dinasti Zhou 1045–256 BCE | |||||||
Zhou Barat | |||||||
Zhou Timur | |||||||
Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh | |||||||
Zaman Negara Berperang | |||||||
Maharaja | |||||||
Dinasti Qin 221 BCE–206 BCE | |||||||
Dinasti Han 206 BCE–220 CE | |||||||
Han Barat | |||||||
Dinasti Xin | |||||||
Han Timur | |||||||
Tiga Kerajaan 220–280 | |||||||
Wei, Shu & Wu | |||||||
Dinasti Jin 265–420 | |||||||
Jin Barat | 16 Kerajaan 304–439 | ||||||
Jin Timur | |||||||
Dinasti-dinasti Utara & Selatan 420–589 | |||||||
Dinasti Sui 581–618 | |||||||
Dinasti Tang 618–907 | |||||||
( Zhou Kedua 690–705 ) | |||||||
5 Dinasti & 10 Kerajaan 907–960 |
Dinasti Liao 907–1125 | ||||||
Dinasti Song 960–1279 |
|||||||
Song Utara | Xia Barat | ||||||
Song Selatan | Jin | ||||||
Dinasti Yuan 1271–1368 | |||||||
Dinasti Ming 1368–1644 | |||||||
Dinasti Qing 1644–1911 | |||||||
MODEN | |||||||
Republik China 1912–1949 | |||||||
Republik Rakyat China 1949–kini |
Republik China (Taiwan) 1945–kini | ||||||
Rencana berkaitan
Sejarah China | |||||||
Satu rentetan langkah salah politik, ekonomi, dan ketenteraan mengakibatkan Kuomintang ditewaskan dan diundurkan ke Taiwan pada tahun 1949. Di Taiwan, Kuomintang mengasaskan sebuah negara parti tunggal autoritarian yang mengisytiharkan diri sebagai pemerintah tunggal yang sah terhadap seluruh China. Bagaimanapun, sejak pembebasan politik bermula pada akhir dekad 1970-an, Republik China telah mengubah diri menjadi sebuah demokrasi perwakilan setempat yang berbilang parti.