From Wikipedia, the free encyclopedia
Scott Pilgrim vs. the World ialah sebuah filem komedi pengembaraan produksi bersama Kanada dan Amerika Syairkat tahun 2010 ditulis, dihasil dan diarahkan oleh Edgar Wright, berdasarkan siri novel grafik berjudul sama oleh Bryan Lee O'Malley. Ia dibintangi Michael Cera sebagai Scott Pilgrim. Filem ini dibuka di Comic-Con Antarabangsa San Diego pada Julai 22, 2010. Ia menerima tayangan meluas di Amerika Utara pada Ogos 13, 2010 di 2,818 teater. Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik tetapi hanya mengutip $31.5 juta di Amerika Utara dan $16 juta di peringkat antarabangsa.[6]
Scott Pilgrim vs. the World | |
---|---|
Pengarah | Edgar Wright |
Lakon layar | Michael Bacall Edgar Wright |
Berdasarkan | Scott Pilgrim oleh Bryan Lee O'Malley |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Bill Pope |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Nigel Godrich |
Syarikat penerbitan | Big Talk Films |
Diedarkan oleh | Universal Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 112 minit[2] |
Negara | |
Bahasa | English |
Bajet | $85–90 juta[5] $60 juta selepas rebat cukai |
Pecah panggung | $47.7 juta[5] |
Di Toronto, Kanada, Scott Pilgrim (Michael Cera) sedang berpacaran dengan seorang remaja sekolah menengah bernama Knives Chau (Ellen Wong). Meskipun mereka berdua sudah ada hubungan cukup kuat, Scott mula jatuh hati dengan seorang pemudi dari Amerika Syarikat, Ramona Flowers (Mary Elizabeth Winstead) yang juga muncul dalam mimpinya; ketertarikan Ramona mula memakan diri Scott menjadi sangat taksub dengan Ramona sampai mula melupakan Knives.
Perkenalan dia dengan Ramona mula mendatangkan kemarahan bekas-bekas kekasih Ramona sehingga terpaksa berlawan keras dengan mereka dalam pelbagai perang tanding.
The League of Evil Exes - kelompok bekas kekasih yang ingin "ajar" Scott mahu merebut Ramona
Thomas Jane dan Clifton Collins, Jr. muncul tetapi tidak dikredit sebagai Polis Vegan. Pengkarya asal Bryan Lee O'Malley serta isterinya Hope Larson juga muncul tetapi tidak dikredit sebagai Penaung Bar Lee's Palace. Reuben Langdon (dikenali kerana menyuarakan watak Ken dalam Street Fighter IV dan Dante dalam siri Devil May Cry) membuat penampilan kameo. Bill Hader juga menyuarakan inspirasi permainan video.
Filem ini ditayangkan secara meluas di Amerika Utara pada Ogos 13, 2010, dibuka di 2,818 teater.
Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik. Laman web Rotten Tomatoes memberi filem ini skor 82% berdasarkan 245 ulasan dengan purata skor 7.5 daripada 10.[8] Metacritic memberi filem ini skor 69 berdasarkan 38 ulasan.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.