![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/51/Scooter_Braun_headshot.jpg/640px-Scooter_Braun_headshot.jpg&w=640&q=50)
Scooter Braun
From Wikipedia, the free encyclopedia
Scott Samuel "Scooter" Braun (lahir 18 Jun 1981) ialah seorang usahawan Amerika, pengurus bakat, pelabur, dermawan, dan eksekutif hiburan.[2][3][4][5] Pengasas syarikat hiburan dan media SB Projects, Braun mewakili antaranya Justin Bieber, Ariana Grande, Martin Garrix, Psy, Carly Rae Jepsen, Dan + Shay, Zac Brown Band, Kanye West, dan Tori Kelly.[6][7] Dia juga dicalonkan untuk Grammy award pada 2016. Braun ialah pengasas bersama studio filem komik, Mythos Studios, bersama penerbit Hollywood David Maisel.[8][9]
Scooter Braun | |
---|---|
![]() Braun di atas pentas di Tech Crunch Disrupt pada 2010. | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Scott Samuel Braun |
Kelahiran | (1981-06-18) 18 Jun 1981 (umur 43) New York City, A.S. |
Genre | |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2003–kini |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | scooterbraun |
Braun telah disenaraikan dalam senarai Time 100 "individu paling berpengaruh di dunia" majalah Time pada 2013.[10] Pada tahun 2018, Braun menganjurkan bersama March for Our Lives, demonstrasi yang diketuai pelajar untuk menuntu undang-undang pemilikan senjata api yang lebih ketat yang dilaporkan USA Today sebagai protes satu hari terbesar dalam sejarah Washington, DC.[11]