From Wikipedia, the free encyclopedia
Sauerkraut ([sa-wĕ-kraut], bahasa Jerman: [ˈzaʊɐˌkʁaʊt] ( dengar), 'kubis masam') dibuat dengan menapai kubis mentah mengunakan pelbagai jenis bakteria asid laktik.[1][2] Asid laktik yang terhasil daripada penapaian gula dalam daun-daun kobis yang diracik ini memberikan ia rasa masam yang unik serta jangka hayat yang panjang.[3][4]
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 78 kJ (19 kcal) |
Karbohidrat | 4.3 g |
- Gula | 1.8 g |
- Serabut diet | 2.9 g |
Lemak | 0.14 g |
Protein | 0.9 g |
Air | 92 g |
Vitamin B6 | 0.13 mg (10%) |
Vitamin C | 15 mg (18%) |
Besi | 1.5 mg (12%) |
Natrium | 661 mg (44%) |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Makanan ini berasalnya dari China, di mana arak beras digunakan sebagai bahan pengawet. Ia kemudiannya diperkenalkan di Eropah oleh orang-orang Tatar.[5] yang menggunakan garam sebagai ganti.[6] Ada juga sesetengah pihak yang berpendapat makanan tersebut dibawa dari Empayar Mongol oleh maharajanya, Genghis Khan.[7] It then took root terutamanya di Eropah Timur dan Tengah.[8]
Sauerkraut sepertimana makanan diawet yang lain banyak membekalkan nutrisi ketika bekalan makanan yang biasa mengurang, seperti ketika musim sejuk di mana tidak banyak tumbuhan dapat hidup dalam persekitaran yang sejuk melampau.
Kubis diracik halus, ditabur dengan garam secara lapis dan dibiarkan untuk beberapa lama dalam suatu bekas kedap udara pada suhu 15 °C selama beberapa bulan. Lactobacillus yang menapai kubis ini datang secara semulajadinya daripada udara persekitaran. Ragi juga boleh dipakai, namun boleh merosakkan rasa sauerkraut jika suhu penapaian ditetapkan terlalu tinggi.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.