Saturnus
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai suatu dewa yang disembah oleh masyarakat Rom. Untuk planet yang turut dinamakan sempenanya, sila lihat Zuhal.
Saturnus ialah suatu dewa dalam agama Rom kuno yang dianuti dan dipercayai dalam kalangan masyarakat Rom Purba. Dewa ini digambarkan sebagai dewa pembaharuan dan pembubaran, pertanian dan pembebasan; dia juga dikatakan kononnya bapa kepada Jupiter,[1] Neptunus, Pluto, Juno, Ceres dan Vesta hasil hubungan dengan kakaknya Ops.
Fakta Segera Symbol, Candu ...
Saturnus | |
---|---|
Titan pusat Rom, kekayaan, pertanian, pembebasan, dan masa | |
Symbol | Sabit |
Candu | Kuil Saturnus |
Perayaan | Saturnalia |
Maklumat peribadi | |
Pasangan | Ops |
Zuriat | Jupiter, Neptunus, Plouton, Juno, Ceres dan Vesta |
Ibu Bapa | Caelus dan Terra |
Adik-beradik | Janus, Ops |
Kesetaraan Yunani | Cronus |
Tutup
Dewa ini dilihat setaraf dengan Kronos dalam mitologi Yunani sehingga turut diterapkan dalam sastera Latin dan seni Romawi sejak seawal Livius Andronicus pada abad ke-3 SM.