pemain bola sepak Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Santokh Singh Gurdial Singh PMW DSIS AMN (lahir 22 Jun 1952) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang mewakili Selangor FA dan Malaysia pada era 70-an. Beliau merupakan rakan seangkatan Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, dan R. Arumugam.[1]
Santokh merupakan salah seorang pemain yang mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik 1972. Beliau mula menyertai Malaysia pada 1971. Pada tahun 1973, bekas jurulatih Malaysia M Kuppan dan Abdul Ghani Minhat merupakan orang yang bertanggungjawab membentuk gandingan mantap Chin Aun-Santokh sehingga mendatangkan gerun kepada pasukan lain. Santokh juga mewakili Malaysia pada perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 1980. Beliau kini bekerja sebagai jurulatih sambilan kepada pasukan sekolah di Malaysia.[2]
Dilahirkan di Setapak Selangor,[3] Santokh bermain di dalam pasukan Selangor FA dari 1972 hingga 1985, memenangi 9 Piala Malaysia sebagai kapten pasukan.[4]
Santokh merupakan pemain bola sepak kebangsaan Malaysia pada tahun 1970-an dan 1980-an, dan bermain bersama-sama dengan Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan R. Arumugam. Beliau mengambil bahagian dalam pasukan yang layak ke sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia, walaupun tidak pernah muncul dalam perlawanan akhir kejohanan itu disebabkan oleh boikot Sukan Malaysia.[5] Santokh juga bermain untuk Malaysia di Sukan Asia 1974 di Tehran, meraih pingat gangsa dan memenangi pingat emas Sukan Asia Tenggara pada tahun 1977 dan 1979.[6]
Perkongsian beliau dengan Chin Aun dikatakan pertahanan paling kukuh dalam pasukan Malaysia yang amat dikhuatiri.
Beliau berkahwin dengan Datin Taljit Kaur dan dikurniakan tiga anak: Kiran Kair, Sukhveer Singh dan Rajveer Singh.
Pada tahun 2011, Santokh dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Datuk.[7][8] sempena Hari Wilayah Persekutuan. Pada tahun yang sama, Sultan Selangor juga menganugerahkan beliau Perintah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang membawa gelaran Dato'.[9]
Beliau telah diperkenalkan di Dewan Kemasyhuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada 2004.
Pada tahun 2016, beliau menjadi rujukan sebagai salah satu ahli pasukan Team Malaysia dalam filen Ola Bola (2016) arahan Chiu Keng Guan.[10]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.