Sake
From Wikipedia, the free encyclopedia
Templat:Use mdy dates
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Sake (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Sake (Jepun: 酒code: ja is deprecated ) [sa-ké] ialah sejenis minuman arak yang lazim dalam kalangan Jepun dibuat hasil penapaian kanji beras yang telah digilap untuk mengeluarkan dedak beras. Sake dihasilkan melalui proses pembiran seakan bir di mana kanji ditukarkan kepada gula sebelum ia ditukarkan kepada alkohol, tidak seperti arak jenis lain di mana alkohol (etanol) terhasil selepas penjalanan penapaian yang hadir secara semula jadi dalam buah, biasanya buah anggur.
Proses penghasilan sake berbeza daripada proses penghasilan bir. Untuk bir, penukaran daripada kanji ke gula dan daripada gula ke alkohol berlaku dalam dua langkah yang berbeza. Seperti wain beras lain, apabila sake dihasilkan, penukaran ini berlaku serentak.
Dalam bahasa Jepun, perkataan "sake" (酒, "arak", juga disebut shu) boleh merujuk kepada apa-apa jenis minuman beralkohol, manakala minuman yang dipanggil "sake" dalam bahasa Inggeris dan Melayu biasanya dipanggil nihonshu (日本 酒, "arak Jepun"). Di bawah undang-undang minuman keras Jepun, sake dilabelkan dengan perkataan seishu (清酒, "arak jernih"), namun perkataan ini yang tidak biasa digunakan dalam perbualan harian.
Di Jepun, ia merupakan minuman kebangsaan, dan sake sering dihidangkan pada upacara istimewa - dihangatsuamkan di dalam sebuah bekas tembikar kecil atau botol porselin, dan lalu dihirup dari dalam cawan porselin kecil yang dipanggil sakazuki. Seperti wain, suhu penyediaan yang digunakan berbeza mengikut jenis arak atas tahap kandungan alkoholnya.