From Wikipedia, the free encyclopedia
Sabah al-Ahmad al-Jaber al-Sabah GCB (Hon) (Arab: الشيخ صباح الأحمد الجابر الصباح ; 16 Jun 1929 – 29 September 2020)[1] merupakan Amir Kuwait dan Pemerintah Angkatan Darat Kuwait. Baginda mengangkat sumpah pada 29 Januari 2006 selepas pengesahan oleh Perhimpunan Kebangsaan dan berkhidmat sehingga baginda mangkat pada 29 September 2020. Baginda merupakan paduka putera keempat Sheikh Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.
Sheikh Sabah Al Ahmad Al Jaber Al Sabah | |
---|---|
Amir Kuwait | |
Pemerintahan | 29 Januari 2006 – 29 September 2020 |
Didahului oleh | Saad Al-Salim |
Diikuti oleh | Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber (bakal waris) |
Perdana Menteri | Lihat senarai
|
Keputeraan | Bandar Kuwait, Kuwait | 16 Jun 1929
Kemangkatan | 29 September 2020 91) Rochester, Minnesota, A.S. | (umur
Pasangan | Fatuwah bint Salman Al-Sabah (mangkat 1990) |
Anakanda | Nasser Hamad Ahmed Salwa |
Kerabat | Kerabat Sabah |
Ayahanda | Ahmad Al-Jaber Al-Sabah |
Bonda | Munira Othman Hamad Al-Ayyar Al-Saeed |
Agama | Islam Ahli Sunah Waljamaah |
Baginda mendapatkan pendidikan dasar di Sekolah Al Mubarakya pada 1930-an dan kemudian menamatkan pendidikannya di bawah bimbingan para tutor. Baginda adalah adinda tiri Amir Jabir al-Ahmad al-Jabir Al Sabah (Amir Kuwait dari 1977 hingga 2006).
Dari tahun 1954 hingga 1955, baginda menjadi anggota Panitia Pusat Dewan Kota dan anggota Dewan Pembangunan dan Penyesuaian.
Pada 1955, baginda menjabat Ketua Pihak Berkuasa Sosial dan Buruh. Baginda juga sebagai anggota Dewan Tinggi Urusan Negara (1956) dan ketua Penguasa Percetakan dan Penerbitan pada 9 September 1956 hingga 17 Januari 1962. Selain menjawat Menteri Penerangan dalam kabinet pertama yang mengambil kekuasaan setelah merdeka pada masa Syeikh Saad Al-Abdullah Al-Salim Al-Sabah juga menjabat ketua Panitia Gabungan Menteri-menteri Kabinet pada Keutamaan Penerjaan Pemerintah.
Baginda diangkat Amir Jaber Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah untuk memegang jawatan perdana menteri Kuwait pada 13 Julai 2003 untuk menggantikan Putera Mahkota Saad Al-Abdullah Al-Salim Al-Sabah. Praktis, sejak itu, baginda menjadi pemerintah de facto kerana merosot kesihatan Amir Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dan Amir Sheikh Saad Al-Abdullah Al-Salim Al-Sabah.
Pada 15 Januari 2006, Syeikh Jaber Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah mangkat dan menempatkan Saad I Al-Abdullah Al-Salim Al-Sabah yang menjadi Putera Mahkota pada kedudukan sebagai Amir. Naiknya Syeikh Saad memungkinkannya menjadi Putera Mahkota dan mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri. Namun, setelah pertemuan-pertemuan intensif dalam kerabat pemerintahan, Syeikh Saad Al-Abdullah Al-Salim Al-Sabah menerima untuk meninggalkan takhta Emir Kuwait pada 23 Januari 2006 kerana gering. Kerabat pemerintahan kemudian memilih Syeikh Sabah Al-Ahmad sebagai Amir Kuwait.
Al-Sabah mangkat pada 29 September 2020 semasa menjalani rawatan di Mayo Clinic Rochester, Minnesota pada usia 91 tahun disebabkan masalah kesihatan jangka panjang.[2][3] Kerajaan Kuwait mengisytiharkan 40 hari berkabung.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.