SCTV
From Wikipedia, the free encyclopedia
SCTV (singkatan untuk Surya Citra Televisi) ialah sebuah stesen televisyen swasta kedua Indonesia selepas RCTI.[1]
Jenis | Rangkaian televisyen |
---|---|
Negara | Indonesia |
Kawasan siaran | Seluruh negara |
Slogan | Satu Untuk Semua |
Ibu pejabat | Jakarta, Indonesia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Indonesia |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik |
|
Induk | Elang Mahkota Teknologi |
Orang penting |
|
Saluran kembar | |
Sejarah | |
Diasaskan | 5 Mei 1987 |
Dilancarkan |
|
Pengasas |
|
Pautan | |
Laman web | www |
Stesen televisyen bermula pada tahun 1990 dengan liputan siarannya terbatas di Surabaya dan kawasan sekitarnya. Pada waktu itu stesen televisyen ini dikenali sebagai Surabaya Centra Televisi.
Pada tahun 1993 dengan keizinan Kementerian Penerangan, SCTV mengorak langkah menjadi stesen televisyen nasional dan pejabatnya berpindah ke Jakarta pada 1994. Kini penontonnya berjumlah kira-kira 158 juta orang dengan 32 pemancar ke 248 bandar di seluruh Indonesia. Cogan katanya 'Satu Untuk Semua'.
SCTV banyak menayangkan drama (sinetron) yang diminati ramai seperti Malin Kundang dan juga ditayangkan di Malaysia. SCTV juga mempunyai majlis anugerah untuk menghargai karyawan negara itu iaitu SCTV Music Awards yang diadakan setiap tahun.