![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/98/Ryan_Reynolds_by_Gage_Skidmore.jpg/640px-Ryan_Reynolds_by_Gage_Skidmore.jpg&w=640&q=50)
Ryan Reynolds
Pelakon dan penerbit Kanada / From Wikipedia, the free encyclopedia
Ryan Rodney Reynolds (lahir Oktober 23, 1976) ialah seorang pelakon, pelawak dan penerbit filem dari Kanada. Beliau melibatkan diri dalam pelbagai lakonan dari sitkom (merangkumi Two Guys and a Girl, National Lampoon's Van Wilder, Definitely, Maybe, The Proposal) ke drama (Hillside, The Amityville Horror, The Change-Up) serta aksi (Hannibal King dalam Blade: Trinity tahun 2004, Hal Jordan dalam Green Lantern tahun 2011) Beliau mula masyhur memainkan watak Deadpool - dahulunya dalam X-Men Origins: Wolverine (2009) produksi 20th Century Fox sebelum beralih ke filem reboot Deadpool (2016) dan Deadpool 2 (2018).
Ryan Reynolds | |
---|---|
![]() Reynolds ketika San Diego Comic-Con International 2015 | |
Kelahiran | (1976-10-23) 23 Oktober 1976 (umur 47) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1991–sekarang |
Pasangan | Scarlett Johansson (k. 2008; c. 2011) Blake Lively (k. 2012) |
Anak-anak | 1 |
Beliau turut menceburi perniagaan melalui pembelian saham utama dalam pengeluaran dan pengiklanan gin jenama Aviation American pada Februari 2018[1][2] serta syarikat telekomunikasi Mint Mobile[3] pada November 2019.