![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5e/Kaya_Toast_with_Coffee.jpg/640px-Kaya_Toast_with_Coffee.jpg&w=640&q=50)
Roti kaya bakar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Roti kaya bakar, dikenali secara meluas sebagai Kaya toast, ialah suatu hidangan masyhur di kalangan rakyat Singapura di mana seri kaya merupakan salah satu sapuan kegemaran tempatan, dimakan bukan sahaja pada roti bakar, tetapi juga roti segar dan biskut kraker berkrim. Kaya pula diperbuat dari telur, gula dan santan.
Kaya toast | |
---|---|
![]() Roti kaya bakar (Kaya toast) | |
Jenis | Makanan ![]() |
Jenis sajian | Makanan pokok |
Tempat asal | ![]() |
Kawasan/rantau | Asia Tenggara |
Dicipta oleh | Singapura[1] |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Seri kaya |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Berasal dari Singapura,[1] hidangan ini biasa dimakan semasa sarapan pagi. Ia disepadukan ke dalam budaya kopi tiam (kedai kopi), yang boleh didapati secara meluas dalam rangkaian makanan seperti Ya Kun Kaya Toast, Killiney Kopitiam dan Breadtalk's Toast Box.
Biasanya, hidangan ini dimakan pada waktu pagi berserta minuman teh tarik, kopi atau minuman panas yang lain. Sajian ini pada mulanya amat popular dihidangkan di kopitiam tetapi kini telah biasa dihidangkan dikedai makan Melayu dan restoran mamak.
Warga Singapura suka memakan makanan ini bersama secawan teh atau kopi.