![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/75/Robert_Mugabe_May_2015_%2528cropped%2529.jpg/640px-Robert_Mugabe_May_2015_%2528cropped%2529.jpg&w=640&q=50)
Robert Mugabe
From Wikipedia, the free encyclopedia
Robert Gabriel Mugabe KCB (lahir 21 Februari 1924 - 6 September 2019) ialah Presiden Zimbabwe ke-2. Beliau telah berkhidmat sebagai ketua kerajaan Zimbabwe sejak tahun 1980, selaku Perdana Menteri dari tahun 1980 hingga 1987 dan selaku Presiden sejak tahun 1987 hingga 2017.[6] Nama beliau bangkit pada 1960-an sebagai pemimpun Zimbabwe African National Union (ZANU) dalam pertempuran gerila menentang pemerintahan minoriti kulit putih di Rhodesia dalam Perang Pedalaman Rhodesia (1964–1979).
Robert Mugabe | |
---|---|
![]() | |
Presiden Zimbabwe ke-2 | |
Dalam jawatan 31 Disember 1987 – 21 November 2017[1] | |
Perdana Menteri | Morgan Tsvangirai (2009-2013) |
Naib Presiden Pertama |
|
Naib Presiden Kedua |
|
Didahului oleh | Canaan Banana |
Digantikan oleh | Emmerson Mnangagwa[2][3] Phelekezela Mphoko (Pemangku)[4] |
Perdana Menteri Zimbabwe Pertama | |
Dalam jawatan 18 April 1980 – 31 Disember 1987 | |
Presiden | Canaan Banana |
Didahului oleh | Abel Muzorewa (Zimbabwe Rhodesia) |
Digantikan oleh | Morgan Tsvangirai (2009) |
Pemimpin Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe – Barisan Patriotik (ZANU-PF) Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe (1975-1987) | |
Dalam jawatan 18 Mac 1975 – 19 November 2017 | |
Pengerusi Kebangsaan |
|
Pengerusi Kesatuan Afrika ke-13 | |
Dalam jawatan 30 Januari 2015 – 30 Januari 2016 | |
Didahului oleh | Mohamed Ould Abdel Aziz |
Digantikan oleh | Idriss Déby |
Setiausaha-Jeneral Pergerakan Negara-Negara Berkecuali | |
Dalam jawatan 6 September 1986 – 7 September 1989 | |
Didahului oleh | Zail Singh |
Digantikan oleh | Janez Drnovšek |
Butiran peribadi | |
Lahir | Robert Gabriel Mugabe (1924-02-21)21 Februari 1924 Kutama, Rhodesia Selatan (kini Zimbabwe) |
Meninggal dunia | 6 September 2019(2019-09-06) (umur 95) Singapura[5] |
Parti politik | Parti Demokratik Kebangsaan (1960–1961) Kesatuan Rakyat Afrika Zimbabwe (1961–1963) Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe (1963–1987) Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe – Barisan Patriotik (1987–2017) |
Pasangan | Sally Hayfron (meninggal 1992) Grace Marufu (1996–kini) |
Anak-anak | 4, termasuk Bona |
Alma mater | Universiti Fort Hare Universiti Afrika Selatan Universiti London |
Tandatangan | ![]() |
Mugabe merupakan seorang tokoh yang penuh kontroversi. Selepas perang, beliau disanjung orang-orang Afrika sebagai wira perjuangan demi kemerdekaan[7] Setelah campur tangan dalam Perang Congo Kedua yang menelan banyak wang dan ekspropriasi tanah ladang milikan kulit putih secara besar-besaran, dunia Barat memandang rendah Mugabe, sementara ekonomi Zimbabwe teruk meleset. Baru-baru ini dasar-dasar beliau dikutuk dunia Barat dan di negara sendiri.[8][9][10] Mugabe menyifatkan pihak-pihak yang mengutuk beliau sebagai "penjajah yang lahir semula,"[11][12] dan beliau bersama penyokong-penyokong beliau mendakwa bahawa kemelut Zimbabwe adalah tinggalan imperialisme,[13] yang diburukkan lagi oleh campur tangan ekonomi oleh kuasa Barat.
Pada 3 April 2008, akhbar UK mengumumkan bahawa parti pembangkang utama, Pergerakan Perubahan Demokratik menguasai parlimen.[14] Pada bulan September 2008, Mugabe mencapai kata sepakat dengan ketua pembangkang Morgan Tsvangirai untuk berkongsi kuasa yang mana Mugabe kekal sebagai presiden sementara Tsvangirai menjadi Perdana Menterinya. Pada 3 Ogos 2013, Suruhanjaya Pilihan Raya Zimbabwe menyatakan yang Mugabe memenangi penggal ketujuhnya sebagai presiden, menewaskan Morgan Tsvangirai dengan 61 peratus undi.[15]