Riverdale (siri TV 2017)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Riverdale ialah sebuah siri televisyen Amerika Syarikat yang berkisarkan watak-watak daripada Archie Comics. Siri itu diadaptasi untuk saluran The CW oleh ketua pegawai kreatif Archie Comics Roberto Aguirre-Sacasa dan diterbitkan oleh Warner Bros. Television dan CBS Television Studios, dengan kerjasama bersama Berlanti Productions dan Archie Comics.[2] Pada asalnya merupakan adaptasi filem cetera untuk Warner Bros. Pictures, idea tersebut dibayangkan semula sebagai siri televisyen untuk Fox. Pada 2015, perkembangan projek beralih kepada The CW, di mana siri itu diarahkan untuk satu rintis. Sesi penggambaran untuk drama ini dilakukan di Vancouver, British Columbia.[1] Di Malaysia siri ini ditayangankan pada Akan Datang di TV2.
Riverdale | |
---|---|
![]() | |
Genre |
|
Berdasarkan daripada | Watak oleh Archie Comics |
Dibangunkan oleh | Roberto Aguirre-Sacasa |
Dibintangi oleh |
|
Pencerita suara latar | Cole Sprouse |
Penggubah |
|
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan musim | 7 |
Bilangan episod | 137 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | J.B. Moranville |
Penyunting |
|
Lokasi | Vancouver, British Columbia[1] |
Sinematografi |
|
Pemasangan kamera | Ekakamera |
Tempoh siaran | 42–46 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Syarikat pengedaran | Warner Bros. Television Distribution |
Penyiaran | |
Saluran asal | The CW |
Siaran asal | 26 Januari 2017 (2017-01-26) – kini (kini) |
Laman sesawang |
Siri Riverdale mula ditayangkan pada 26 Januari 2017[3] dan memperoleh ulasan yang positif. Musim kedua dengan 22 episod memulakan tayangan perdananya pada 11 Oktober 2017 dan tamat pada 16 Mei 2018. Pada 2 April 2018, The CW memperbaharui siri ini musim yang ketiga.[4]