Rijksmuseum Amsterdam
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rijksmuseum Amsterdam atau Rijksmuseum (Melayu: Muzium Negara ) adalah sebuah muzium negara Belanda di Amsterdam, terletak di Museumplein. Muzium ini didedikasikan pada seni, pertukangan, dan sejarah. Ia mempunyai suatu kumpulan besar seni lukisan dari Zaman Kegemilangan Belanda suatu himpunan seni Asia yang cukup banyak.
Muzium ini didirikan pada 1800 di The Hague untuk mempamerkan koleksi stadtholder Belanda. Ia telah diilhamkan oleh contoh Perancis. Semenjak itu ia telah digelar Galeri Seni Negara (Bahasa Belanda: Nationale Kunst-Gallerij). Pada 1808 muzium ini dipindah ke Amsterdam dengan perintah raja Louis Bonaparte, saudara Napoleon Bonaparte. Seni lukisan ini dimiliki oleh bandar itu, seperti The Night Watch oleh Rembrandt, menjadi sebahagian dari koleksi.
Pada 1863 ada suatu peraduan reka bentuk untuk sebuah bangunan baru untuk Rijksmuseum, tetapi tidak satupun dari penyertaan ini telah dianggap cukup berkualiti. Pierre Cuypers juga turut serta dalam peraduan ini dan penyertaannya mencapai kedudukan kedua. Pada 1876 suatu peraduan baru telah dijalankan dan kali ini Pierre Cuypers telah menang. Reka bentuk ini merupakan suatu gabungan unsur gothik dan zaman pembaharuan. Pembinaan bermula pada 1 Oktober 1876. Pada bahagian dalam dan luar, bangunan ini dihias penuh dengan rujukan pada sejarah seni Belanda. Suatu lagi peraduan telah diadakan untuk hiasan ini. Para pemenangnya adalah B. van Hove dan J.F. Vermeylen untuk seni pahat, G. Sturm untuk tablo jubin dan seni lukisan dan W.F. Dixon untuk kaca patri. Muzium ini telah dibuka di lokasi barunya pada Julai 13, 1885.[2]
Hadapan muzium terletak di Stadhouderskade, tetapi pada bahagian lain ia mempunyai kedudukan ketara di Museumplein, hari ini di kalangan Muzium Van Gogh, Muzium Stedelijk Amsterdam, dan Concertgebouw.
Pada 1890 sebuah bangunan asing telah ditambah pada Rijksmuseum. Bangunan ini telah diperbuat dari pecahan dari para bangunan diruntuh yang bersama memberikan suatu gambaran keseluruhan sejarah seni bina Belanda. Pada 1906 dewan untuk The Night Watch telah dibina semula.[2] PAda bahagian dalam perubahan lebih telah dilakukan, di antara 1920an dan 1950an kebanyakan hiasan dinding perlbagai warna telah dicat di situ. Pada 1960an bilik-bilik eksposisi dan beberapa tingkat telah dibina ke dalam dua halaman dalam. Bangunan sendiri berada dalam renovasi dan pengembalian kecil pada 1984, 1995–1996 dan 2000.[3] From 2003 until 2013[4] Rijksmuseum akan dikembalikan dan direnovasi berdasar suatu reka bentuk oleh arkitek Sepanyol Antonio Cruz dan Antonio Ortiz. Banyak dari hiasan bahagian dalam lama akan dikembalikan dan tingkat-tingkat akan dipindah. Sewaktu proses pengembalian dan renovasi hanya lebih kurang empat ratus dari kutipan tetap sejuta keping beradadi sebuah pameran digelar The Masterpieces di "bangunan pecahan" yang sudah direnovasikan, kini digelar sayap Philips.[5]
Perpustakaan Penyelidikan Rijksmuseum adalah sebahagian dari Rijksmuseum, dan adalah perpustakaan penyelidikan sejarah seni awam terbesar di Belanda.
Koleksi seni lukisan termasuk karya-karya oleh seniman Jacob van Ruysdael, Frans Hals, Johannes Vermeer, Jan Steen dan Rembrandt dan murid-murid Rembrandt.
Seni lukisan dalam kutipan oleh Rembrandt van Rijn:
Seni lukisan dalam kutipan oleh Johannes Vermeer:
Seni lukisan dalam kutipan oleh Frans Hals:
Seni lukisan dalam kutipan oleh Jan Steen.
Juga mengandungi pinggan Dirk Hartog dari Shark Bay di Australia Barat.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.