Revolusi Petani Donghak
From Wikipedia, the free encyclopedia
Revolusi Petani Donghak (동학 농민 혁명code: ko is deprecated ; 東學農民革命code: ko is deprecated ; donghak nongmin hyeongmyeong), atau juga dikenali sebagai Gerakan Petani Donghak (동학 농민 운동code: ko is deprecated ; 東學農民運動code: ko is deprecated ; donghak nongmin undong), Pemberontakan Donghak, Rusuhan Petani 1894, Revolusi Petani Gabo, dan pelbagai nama lain, merupakan pemberontakan bersenjata yang berlaku di Korea pada tahun 1894 melibatkan para petani marhaen serta pengikut fahaman Donghak, suatu agama panenteistik yang turut dilihat sebagai suatu ideologi politik.
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Korea. (Januari 2019)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Revolusi Petani Donghak | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||
Pihak yang terlibat | ||||||||
Dinasti Joseon Korea Dinasti Qing |
Jeob Selatan Jeob Utara | Empayar Jepun | ||||||
Komandan dan pemimpin | ||||||||
Raja Gojong Li Hongzhang Ye Zhichao Wei Rugui Ma Yukun |
Jeon Bongjun Kim Gaenam Son Hwajung Choe Gyeongseon Kim Deokmyeong Choe Sihyeong Son Byong-hi |
Maharaja Meiji | ||||||
Kekuatan | ||||||||
3,000–50,000 tentera Korea |
15,000–300,000 pemberontak Jeob Selatan 10,000–300,000 pemberontak Jeob Utara | 500–3,000 tentera Jepun | ||||||
Kerugian dan korban | ||||||||
6,000 tentera Korea terbunuh | Puluhan hingga ratusan ribu orang terbunuh dari kedua-dua Jeob | 200 tentera Jepun terbunuh |
Hasil berikutan konflik ini, Raja Gojong memulakan tindakan yang bertujuan memperbaharui segala aspek dalam masyarakat kerajaan baginda iaitu Pembaharuan Gabo antaranya mengharamkan perhambaan dan larangan janda berkahwin semula serta pemansuhan kelas-kelas sosial dalam masyarakat Joseon secara rasmi. Walau bagaimanapun, pembaharuan berkaitan pemilikan tanah yang sangat dituntut para petani tidak dihiraukan lalu langkah pembaharuan baginda tidak mendapat sokongan daripada rakyat jelata.
Pada tahun 1894, majistret Gobu, Jo Byeonggap, telah mencipta pelbagai undang-undang palsu dan memaksa para petani untuk membina takungan dan menetap di tanah tidak bertuan semata-mata untuk beliau menjadi kaya melalui cukai dan denda. Pada bulan Mac, para petani yang marah bersekutu di bawah Jeon Bongjun dan Kim Gaenam, memulakan Pemberontakan Gobu. Walau bagaimanapun, pemberontakan Gobu dikekang oleh Yi Yongtae, dan Jeon Bongjun melarikan diri ke Taein. Pada bulan April, Jeon mengumpul tentera di Gunung Baek dan menawan semula Gobu. Para pemberontak kemudian mengalahkan pasukan kerajaan di Genting Hwangto dan Sungai Hwangryong. Jeon kemudian menawan Kubu Jeonju dan berlawan dalam pengepungan dengan pasukan Joseon Hong Gyehun. Namun pada bulan Mei, pemberontak menandatangani gencatan senjata dengan pasukan kerajaan, dan membina agensi-agensi yang dipanggil Jibgangso yang menangani urusan di daerah yang dikawal pemberontak. Ketenangan yang tidak berapa stabil ini berterusan sepanjang musim panas.
Kerajaan yang kini takut meminta bantuan dinasti Qing, dan mereka menghantar 2,700 orang tentera ke Korea. Jepun, yang marah bahawa kerajaan Qing tidak memaklumkan Jepun (seperti yang dijanjikan dalam Konvensyen Tientsin), memulakan Perang Sino-Jepun Pertama.[1] Perang tersebut mengakibatkan pengusiran pengaruh Cina dari Korea dan juga menandakan berakhirnya Gerakan Pengukuhan Kendiri di China itu sendiri.
Peningkatan penguasaan Jepun di Semenanjung Korea menyebabkan kebimbangan di kalangan pemberontak. Dari September hingga Oktober, pemimpin-pemimpin Selatan dan Utara berunding tentang rancangan untuk masa depan di Samrye. Pada 12 Oktober, sekumpulan tentera gabungan dari Jeob Utara dan Selatan, dan tentera, berjumlah 25,000 ~ 200,000 orang telah dibentuk dan terus menyerang Gongju. Selepas beberapa pertempuran, tentera pemberontak ditumpaskan dalam Pertempuran Ugeumchi, dan pemberontak sekali lagi dikalahkan dalam Pertempuran Taein. Pertempuran berterusan pada musim bunga tahun 1895. Pemimpin pemberontak kemudian ditangkap di pelbagai lokasi di Wilayah Honam, dan sebahagian besar telah dibunuh dengan digantung sampai mati secara beramai-ramai pada bulan Mac.