![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/04/Flag_of_the_Luhansk_People%2527s_Republic.svg/langms-640px-Flag_of_the_Luhansk_People%2527s_Republic.svg.png&w=640&q=50)
Republik Rakyat Luhansk
From Wikipedia, the free encyclopedia
Republik Rakyat Luhansk, juga dieja secara alternatif sebagai Republik Rakyat Lugansk[8][13] (Bahasa Rusia: Луганская Народная Республика, Perumian: Luganskaya Narodnaya Respublika, IPA: [lʊɡanskəjə nɐrodnəjə rʲɪspublʲɪkə]; Bahasa Ukraine: Луганська Народна Республіка), dipendekkan RRL atau 'LNR', ialah negara separa dikelilingi daratan. Ia terletak di Oblast Luhansk di wilayah Donbas, sebuah wilayah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Ukraine. Pemerintah Ukraine menegaskan bahawa Republik Rakyat Luhansk ialah sebuah pertubuhan pengganas dan ia melancarkan perang terhadap Ukraine. Luhansk adalah bandar terbesar di wilayah itu, berfungsi sebagai ibu negarannya. Penduduk republik itu adalah kira-kira 1.5 juta orang. Dalam perlembagaannya, RRL diisytiharkan sebagai negara berperlembagaan demokratik.[14] Ketua negara semasa ialah Leonid Pasechnik.
Republik Rakyat Luhansk
| |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Луганск, сила и свободаcode: ru is deprecated "Luhansk, kuat dan bebas" | |||||
Lagu kebangsaan: Гимн Луганской Народной Республикиcode: ru is deprecated "Anthem of the Luhansk People's Republic"[5] | |||||
![]() Wilayah diisytiharkan (hijau muda dan hijau gelap) dan dikawal (hijau gelap) RRL | |||||
Status | Negara separa tidak diiktiraf | ||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Luhansk | ||||
Bahasa rasmi | Rusia[6] | ||||
Demonim | Luhansk | ||||
Kerajaan | Kesatuan republik berperlembagaan | ||||
• Ketua | Leonid Pasechnik[7] | ||||
• Perdana Menteri | Sergey Kozlov | ||||
• Pengerusi Majlis Rakyat | Denis Miroshnichenko (pemangku)[8] | ||||
Badan perundangan | Majlis Rakyat | ||||
Kemerdekaan dari Ukraine | |||||
• Penubuhan (en) | 27 April 2014 | ||||
• Pengisytiharan Kemerdekaan | 12 Mei 2014[9] | ||||
• Menandatangani Perjanjian Minsk II | 11 Februari 2015 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 8,377[10] km2 (3,234 bt2) | ||||
Populasi | |||||
• Perkiraan | 1,464,039[11] | ||||
Mata wang | Rubel Rusia (paling biasa); hryvnia Ukraine (kurang biasa); euro, dolar A.S. (sah tetapi jarang digunakan)[12] | ||||
Zon waktu | ({{{time_zone}}}) |
RRL mengisytiharkan kemerdekaan daripada Ukraine selepas Revolusi Ukraine 2014, bersama Republik Rakyat Donetsk (RRD) dan Republik Krimea. Konflik bersenjata yang masih berterusan dengan Ukraine berikutan pengisytiharan kemerdekaannya. RRD dan RRL menerima bantuan kemanusiaan daripada Rusia. Menurut PPAU dan Ukraine, Rusia juga telah memberikan bantuan ketenteraan kepada pemberontak, suatu dakwaan yang dinafikan Rusia.[15][16][17][18]
Perundangan Ukraine menggambarkan kawasan RRL sebagai "wilayah yang diduduki sementara", dan pemerinrah RRL digambarkan sebagai pentadbiran pendudukan Persekutuan Rusia.[19][20] Perjanjian Minsk September 2014 yang ditandatangani oleh wakil OSCE, Ukraine dan Rusia—dan oleh ketua RRD dan RRL tanpa mengiktiraf sebarang status bagi mereka[21] bermaksud untuk menghentikan konflik dan menyatukan semula wilayah yang dikuasai pemberontak ke Ukraine sebagai pertukaran untuk lebih autonomi diberikan bagi kawasan itu, tetapi perjanjian itu tidak pernah dilaksanakan sepenuhnya.[22]
RRL kekal tidak diiktiraf oleh mana-mana negara anggota PBB, termasuk Rusia – walaupun Rusia mengiktiraf dokumen yang dikeluarkan oleh pemerintah RRL, seperti dokumen pengenalan diri, diploma, sijil kelahiran dan perkahwinan serta plat pendaftaran kenderaan.[23]