Referendum kemerdekaan Montenegro 2006
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sebuah referendum kemerdekaan telah diadakan di Montenegro pada 21 Mei 2006.[1] Ia telah disetujui oleh 55.5% pengundi, hampir-hampir melepasi ambang 55%. Menjelang 23 Mei, keputusan referendum awal telah diiktiraf oleh kesemua lima ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mencadangkan pengiktirafan antarabangsa yang meluas jika Montenegro menjadi merdeka secara rasminya. Pada 31 Mei, suruhanjaya referendum dengan rasmi mengesahkan keputusan referendum, mengesahkan bahawa 55.5% daripada populasi pengundi Montenegro telah mengundi kemerdekaan.[2][3] Disebabkan para pengundi memenuhi syarat ambang yang kontroversi iaitu 55% persetujuan yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah, referendum ini dimasukkan ke dalam penyisytiharan kemerdekaan ketika sesi parlimen khas pada 31 Mei. Dewan Undangan Republik Montenegro telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan yang rasmi pada Sabtu 3 Jun.[4]
Referendum kemerdekaan Montenegro 2006 | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Adakah anda ingin Republik Montenegro menjadi negara yang merdeka dengan keperibadian antarabangsa dan sah yang penuh?
| ||||||||||||||||||||||
Tarikh | 21 Mei 2006 (2006-05-21) | |||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||
Nota: penepuan warna menandakan kekuatan undian |
Bagi menyambut pengumuman berkenaan, kerajaan Serbia mengisytiharkan dirinya pengganti sah dan politik bagi Serbia dan Montenegro,[5] dan bahawa kerajaan dan parlimen Serbia sendiri akan mengambil perlembagaan yang baharu.[6] Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, China, dan Russia kesemuanya menzahirkan niat mereka untuk menghormati keputusan referendum.