Real Chukai F.C.
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelab bola sepak Real Chukai atau Real Chukai FC ialah sebuah kelab bola sepak amatur yang bertapak di Kemaman, Terengganu. Kelab ini sedang bersaing dalam Liga M3, divisyen ketiga dalam liga bola sepak Malaysia.[1]
Diasaskan pada 2015, Real Chukai membuat kemunculan dalam bola sepak Malaysia dengan menyertai liga tahap kelima Malaysia pada 2015. Kelab ini telah memenangi kejuaraan pertama mereka pada 2017 selepas menentang PBSMT-Lanjerket dalam perlawanan akhir.[2]
Pada 13 Februari 2018, Real Chukai bersaing dalam Piala FA Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah kelab tersebut.[3]
Real Chukai muncul sebagai kelab amatur pertama di Terengganu yang menguruskan fasiliti stadium sendiri melalui syarikat Glorious Innovation Sdn. Bhd. yang diperbadankan dan berkonsepkan kerjasama awam–swasta. Persetujuan mengambil alih Stadium Mak Chili dari pihak Majlis Perbandaran Kemaman bermula awal tahun 2020 menyaksikan Real Chukai diberi hak komersial sepenuhnya dalam pengurusan stadium tersebut[4].
Tahun | Pengeluar kit | Penaja baju |
---|---|---|
2015-2016 | Kobert | IKY Naga |
2017 | Kaki Jersi | Tulangis Group |
2018 | ||
2019-2020 | Kolej Universiti TATI | |
2021 | Voltra |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.