Rawilson Batuil
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rawilson Batuil (lahir 29 April 1994, nama samaran: The One Club Man)[2][3][4] atau dikenali dengan nama panggilannya "Jipun"[5] merupakan pemain bola sepak Malaysia yang berasal dari Kota Marudu, Sabah yang bermain di posisi pertahanan tengah dan bermain sebagai kapten kedua atau kapten gantian untuk Kelab Bola Sepak Sabah selepas Park Tae-Soo.[6]
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Rawilson Batuil[1] | ||
Tarikh lahir | (1994-04-29) 29 April 1994 (umur 30) | ||
Tempat lahir | Kota Marudu, Sabah, Malaysia | ||
Ketinggian | 1.74 m (5 ka 9 in)[1] | ||
Posisi permainan | Pertahanan tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Sabah | ||
Nombor | 3 | ||
Kerjaya remaja | |||
2014 | Sabah B-21 | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2014– | Sabah | 201 | (7) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2018– | Malaysia | 1 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 3 Disember 2023 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 3 Disember 2023 |
Rawilson mendapat nama samaran "The One Club Man" selepas Pengurus Sabah FC Sdn Bhd, Datuk Ong Kim Swee mengemas kini statistik Rawilson dalam catatan Instagramnya pada 2 Disember 2023 dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana mencapai 200 penampilan dalam pasukan bola sepak Sabah dengan 61 penampilan di Liga Super Malaysia, 97 perlawanan Liga Perdana Malaysia, 14 perlawanan Piala FA Malaysia, 26 perlawanan perebutan Piala Malaysia, dan 2 kali penampilan dalam Piala AFC.[7][8][9]