![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f1/Raspberry_Pi_4_Model_B_-_Side.jpg/640px-Raspberry_Pi_4_Model_B_-_Side.jpg&w=640&q=50)
Raspberry Pi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Raspberry Pi (/paɪ/) ialah satu siri komputer papan tunggal kecil yang dibangunkan di United Kingdom oleh Yayasan Raspberry Pi bersama-sama dengan Broadcom.[14] Awalnya, projek Raspberry Pi cenderung kepada menggalakkan mengajar asas sains komputer di sekolah dan di negara membangun.[15][16][17] Kemudian, model asal menjadi jauh lebih popular daripada yang dijangka,[18] menjual di luar pasaran sasarannya untuk kegunaan seperti robotik. Ia kini digunakan meluas dalam banyak bidang, seperti pemantauan cuaca,[19] kerana kos rendahnya dan kemudahalihannya yang tinggi.
![]() Raspberry Pi 4 Model B | |
Tarikh jualan |
|
---|---|
Harga pengenalan | |
Sistem pengendalian | FreeBSD Linux NetBSD OpenBSD Plan 9 RISC OS Windows 10 ARM64 Windows 10 IoT Core[4] |
Kuasa | 5 V; 3 A (bagi penghantaran kuasa penuh ke peranti USB)[5] |
Sistem-atas-cip | |
CPU | |
Muatan storan | Slot MicroSDHC, peranti Storan Massa USB untuk pengebutan[8] |
Ingatan | |
Grafik | |
Laman sesawang | raspberrypi |
Selepas keluaran jenis papan kedua, Yayasan Raspberry Pi membuka entiti baru, dinamakan Raspberry Pi Trading, dan melantik Eben Upton sebagai CEO, dengan tanggungjawab membangun teknologi.[20] Yayasan tersebut ditujukan khas semula sebagai amal pendidikan untuk menggalakkan mengajar asas sains komputer di sekolah dan negara membangun.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/60/Raspberry_Pi_Units.png/640px-Raspberry_Pi_Units.png)
Raspberry Pi adalah salah satu komputer British yang terlaris.[21] Setakat Disember 2019, lebih daripada tiga juta papan telah dijual.[22] Kebanyakan Pi dibuat di kilang Sony di Pencoed, Wales,[23] manakala yang lain dibuat di China dan Jepun.[24]