Rashtriya Swayamsevak Sangh
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rashtriya Swayamsevak Sangh (disingkatkan kepada RSS; Hindi: राष्ट्रीय स्वयंसेवक संघcode: hi is deprecated Rāṣṭrīya Svayamsevaka Saṅgha "Pertubuhan Sukarelawan Negara"[14]) adalah sebuah pertubuhan sukarela[15] separa tentera[5] sayap kanan nasionalis Hindu[6][16] yang wujud di India. Ia merupakan badan utama sekelompok organisasi sefahaman disebut Sangh Parivar yang wujud dalam segenap aspek masyarakat India. Pertubuhan ini mempunyai keahlian seramai 5-6 juta orang pada tahun 2014[17] dari sejak penubuhan ia pada 27 September 1925.
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | RSS |
Jenis/bentuk sah | Haluan kanan[1] Pasukan relawan,[2] Pasukan paramiliter[3][4][5][6][7] |
Status undang-undang | Aktif |
Tujuan | Nasionalisme Hindu dan Hindutva[8][9] |
Keanggotaan | |
Bahasa rasmi | Bahasa Sanskrit, Bahasa Hindi, Bahasa Inggeris[perlu rujukan] |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Dibentuk | 27 September 1925 (98 tahun yang lalu) (1925-09-27) |
Pengasas | K. B. Hedgewar |
Pengurusan | |
Sarsanghchalak (Ketua) | Mohan Bhagwat |
Sarkaryawah (Setiausaha Agung) | Dattatreya Hosabale |
Gabungan | Sangh Parivar |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Dr. Hedgewar Bhawan, Sangh Building Road, Nagpur, Maharashtra - 440032 |
Lokasi | |
Koordinat | 21.146°N 79.111°E / 21.146; 79.111 |
Kawasan perkhidmatan | India |
sunting · sunting di Wikidata |
RSS pernah diharamkan beberapa kali atas penggiatan yang dilakukan: sekali semasa pemerintahan Inggeris,[18] tiga kali oleh pemerintah India pasca-kemerdekaan iaitu pada tahun 1948 dari perkaitan seorang bekas ahlinya Nathuram Godse[19][20] atas pembunuhan Mahatma Gandhi[18][21][22] kali kedua semasa Darurat dilaksanakan Indira Gandhi antara 1975 hingga 1977; dan kali ketiga berikutan rusuhan dan pemusnahan Masjid Babri pada tahun 1992.