Ramuan
bahan yang merupakan sebahagian daripada beberapa produk / From Wikipedia, the free encyclopedia
Ramuan (Jawi: راموانcode: ms is deprecated ) ialah bahan yang dikumpulkan dari persekitaran (yakni diramu; Jawi: دراموcode: ms is deprecated dari kata dasar ramu رامو) dan digunakan[1][2] amnya membentuk sebahagian campuran termasuk dalam masak-memasak yakni menyukat berapa banyak rempah ratus untuk membuat suatu lauk hidangan, dedaun akar untuk membuat ubatan mahupun kayu-kayan untuk bertukang membina suatu binaan rumah.[1][2][3] Banyak produk perdagangan mengandungi ramuan rahsia yang dipasarkan untuk menjadikannya lebih baik daripada produk saingan. Dalam industri farmaseutikal, bahan aktif ialah bahan formulasi yang membekalkan kesan yang diperlukan oleh pelanggan.
Undang-undang negara biasanya memerintah bahawa produk makanan yang disediakan untuk memaparkan senarai ramuan, dan secara tertentu memerintah bahan tambahan tertentu untuk disenaraikan.
Di kebanyakan negara maju, undang-undang memerintah bahawa ramuan disenaraikan menurut berat nisbinya[4] di dalam produk. Sekiranya suatu ramuan itu sendiri terdiri daripada lebih daripada satu ramuan (seperti kepingan biskut yang merupakan sebahagian daripada aiskrim perisa "biskut dan krim"), kemudian bahawa ramuan disenarikan mengikut peratusan jumlah produk yang digunakan, dengan ramuannya sendiri dipaparkan di sebelahnya di dalam tanda kurungan.