Ramli M. S.
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Ramli bin Mohd Salleh atau Ramli M. S. merupakan seorang pemuzik terkenal Malaysia dan merupakan bekas pengetua Akademi Fantasia musim ke-2 dan ke-6. Beliau dilahirkan pada 17 November 1958 di Geylang, Singapura, dan bertukar kerakyatan Malaysia pada tahun 1989. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ram tidak berpendidikan tinggi. Beliau hanya bersekolah sehingga darjah 6 sahaja berikutan masalah kesusahan hidup yang dialami sehingga menyebabkan Tok Ram mula bekerja sebagai buruh binaan seawal usia 8 tahun bagi membantu keluarga.
![]() | article ini ditulis seperti penonjolan peribadi atau karangan pendapat bukannya perihal berbentuk ensiklopedia. (August 2018) |
Ramli M.S. | |
---|---|
Kelahiran | Ramli bin Mohd Salleh (1958-11-17) 17 November 1958 (umur 65) |
Nama lain | Tok Ram |
Pekerjaan | Pemuzik, penggubah lagu, konduktor muzik, pelakon |
Tahun aktif | 1980–kini |
Ketinggian | 183 cm (6 ka 0 in) |
Pasangan |
|
Anak-anak |
|
Dek kerana minat beliau terhadap bidang muzik, Tok Ram mula mempelajari ilmu muzik dengan bersungguh-sungguh pada usia 14 tahun melalui kaedah membaca dan bertanya pada insan-insan seni. Beliau mendapat pengalaman luas dalam bidang muzik di Hong Kong dan kini menetap dan berkarya di Malaysia.