Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
From Wikipedia, the free encyclopedia
YM Dato' Raja Ir Haji Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ir Dr Haji Sir Ahmad Baharuddin Ismail Shah atau dikenali sebagai Raja Bahrin (lahir 14 Januari 1955) adalah bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Beliau adalah ahli politik dari Terengganu dengan latarbelakang selaku pakar jurubina/arkitek terkenal di Terengganu, Malaysia. Beliau juga merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Terengganu. Parti Amanah Negara diwujudkan pada tahun 2015 selepas mengambil alih Parti Pekerja Pekerja Malaysia.
Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad DPMT (Terengganu), DSAP (Pahang) | |
---|---|
Fail:- - | |
Raja | - |
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Abd. Muttalib |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kuala Terengganu, Terengganu | |
Dalam jawatan 06 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() |
Butiran peribadi | |
Lahir | YM Raja Kamarul Bahrin Shah bin YAM Raja Ahmad Baharuddin Ismail Shah (1955-01-14) 14 Januari 1955 (umur 69) ![]() |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | GS-![]() ![]() ![]() |
Pasangan | ![]() To' Puan Norilah binti Muhammad Salleh (1991-kini) Norazmah Wati binti Abdul Aziz (2010-2017, cerai) |
Anak-anak | 8 orang |
Ibu | YAM Almarhumah Tengku Hajjah Zaliha Putri binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah |
Bapa | YAM Almarhum Raja Ir Dr Haji Sir Ahmad Baharuddin Ismail Shah ibni Almarhun YAM Almarhum Raja Bendahara Haji Sir Abdul Rashid Shah |
Kediaman | - |
Alma mater | ![]() |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Arkitek |
Anugerah | Senarai |
Laman web rasmi | - |
Raja Kamarul Bahrin pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Perhotelan (MAH) dan salah seorang Ahli Badan Warisan Malaysia. Beliau adalah pengerusi kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau dilahirkan pada 14 Januari 1955 di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Beliau dengan rasminya disenarai sebagai calon parti berkenaan di Parlimen Kuala Terengganu pada 9 April 2013 iaitu pilihan raya umum Malaysia ke-13. Menurut pelbagai sumber, setelah dilamar oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (pas) beliau bersetuju untuk menyertai parti tersebut diatas perkenan bonda beliau.
Beliau popular dikenali sebagai jurubina yang menghasilkan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung, Muzium Negeri Terengganu (Muzium yang diiktiraf sebagai antara Muzium terbesar di Asia), Istana Melawati (Putrajaya) dan beberapa lagi yang lain. Sekitar tahun 1990-an dikaitkan di Malaysia apabila membawa pulang anaknya dari Australia dengan bot, juga mengenai kejadian keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang direka oleh Syarikat beliau Senibahri Arkitek.[1]
Pada 21 Ogos 2015, beliau telah diisytihar sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baharu Terengganu. Beliau berkata bahawa beliau menerima tawaran menerajui Harapan Baharu di Terengganu kerana yakin dengan masa depan gerakan berkenaan. [2]