Radhi Khalid
Pelakon lelaki Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Muhammad Radhieddeen Abdul Khalid atau lebih dikenali sebagai Radhi Khalid (lahir 4 Februari 1964) ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara, pengarah dan penerbit Malaysia.[1][2] Memulakan kerjaya lakonan pada usia 22 tahun, beliau muncul dalam siri televisyen pertama, Sophia dan mula mendapat perhatian meluas menerusi watak sebagai pemuda Bangladesh bernama Abdulla dalam Spanar Jaya.[3]
Radhi Khalid | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Radhieddeen bin Abdul Khalid (1964-02-04) 4 Februari 1964 (umur 60) |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, pengacara, pengarah, penerbit |
Tahun aktif | 1986–kini |
Selain peranan lakonan di televisyen, Radhi juga terkenal dengan peranan lakonan dalam filem termasuk Selubung (1992), Pasrah (2000), Soalnya Siapa (2002), Qaisy & Laila (2005), Sumolah (2007) dan Jejak Warriors (2015). Beliau juga memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Karyawan Malaysia[4] dan pernah menjadi pensyarah separuh masa Kolej Intec, Shah, Alam, mengajar teater, lakonan dan seni.[5]