From Wikipedia, the free encyclopedia
Rachel Anne McAdams (lahir November 17, 1978) ialah seorang pelakon Kanada. Selepas menamatkan pengajian program teater selama empat tahun di Universiti York pada tahun 2001, beliau pada awalnya bekerja dalam produksi filem dan televisyen Kanada seperti filem Perfect Pie (2002), My Name Is Tanino (2002) dan siri mini komedi Slings and Arrows. Pada tahun 2002, beliau membuat penampilan filem Hollywood pertama dalam filem komedi The Hot Chick. McAdams mula terkenal pada tahun 2004, muncul dalam Mean Girls dan The Notebook. Pada tahun 2005, beliau membintangi Wedding Crashers, Red Eye dan The Family Stone.
Rachel McAdams | |
---|---|
Kelahiran | Rachel Anne McAdams 17 November 1978 Ontario, Kanada |
Pusat pendidikan | Universiti York |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2001–sekarang |
Ketinggian | 163 cm (5 ka 4 in) |
Selepas rehat selama dua tahun, McAdams muncul dalam dua filem dengan tayangan terhad pada tahun 2008; Married Life dan The Lucky Ones. Beliau kembali terkenal pada tahun 2009 dengan muncul dalam State of Play, The Time Traveler's Wife dan Sherlock Holmes. Pada tahun 2010, McAdams muncul dalam Morning Glory. Pada tahun 2011, beliau membintangi Midnight in Paris dan menyambung wataknya dalam Sherlock Holmes: A Game of Shadows. Beliau kemudiannya membintangi The Vow (2012) dan About Time. Pada tahun 2015, beliau muncul dalam Aloha dan Southpaw. McAdams membintangi sebagai Detektif Ani Bezzerides dalam musim kedua True Detective.
McAdams dilahirkan di Ontario kepada Sandra Kay (née Gale) dan Lance Frederick McAdams,[1][2][3][4][5][6] dan membesar di St. Thomas.[7] Beliau berketurunan Inggeris, Ireland, Scotland dan Wales.[8][9][10] McAdams merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik.[11] McAdams belajar di Sekolah Awam Myrtle Street dan kemudiannya Institut Kolej Central Elgin.[7][12]
McAdams bertekad untuk mempelajari kajian kebudayaan di Universiti Western Ontario[13] sebelum dipujuk oleh guru drama beliau bahawa kerjaya lakonan profesional merupakan satu pilihan yang baik.[7][14] Beliau mendaftar program teater empat tahun di Universiti York dan menamatkan pengajian dengan dengan Ijazah Sarjana Muda Seni pada tahun 2001.[15][16]
Pada tahun 2001, McAdams membuat penampilan televisyen pertamanya dalam Shotgun Love Dolls sebagai Beth Swanson. Beliau juga membuat penampilan filem Kanada pertama pada tahun itu dalam My Name is Tanino. McAdams kemudiannya mendapat pencalonan Anugerah Genie untuk wataknya sebagai Wendy Crewson versi remaja dalam Perfect Pie. Pada tahun 2002, beliau membuat penampilan filem Hollywood pertama dalam The Hot Chick bersama Rob Schneider dan Anna Faris.[17] Filem ini mengutip $54 juta di seluruh dunia.[18] Selepas itu, McAdams kembali ke Kanada untuk membintangi sebagai Kate McNeil dalam Slings and Arrows.[19] Beliau dikeluarkan daripada musim kedua program itu susulan kejayaannya di Amerika Syarikat.[16] Beliau menerima dua pencalonan Anugerah Gemini untuk lakonannya dalam program ini dan memenangi satu.[20]
Peranan yang membuat McAdams terkenal datang pada tahun 2004 apabila beliau membintangi Mean Girls bersama Lindsay Lohan, Lacey Chabert dan Amanda Seyfried, diarahkan oleh Mark Waters. Filem ini mengutip $129 juta di seluruh dunia [21] dan mendapatkan McAdams dua Anugerah Filem MTV.[22] Selepas itu, McAdams membintangi The Notebook sebagai Allie Hamilton.[23] Pengambaran mengambil tempat pada lewat tahun 2002 sehingga awal 2003.[24] Filem ini mengutip lebih daripada $115 juta di seluruh dunia.[25] McAdams memenangi Anugerah Filem MTV dan empat Teen Choice Awards.[22][26]
Pada tahun 2005, McAdams membintangi Wedding Crashers bersama Owen Wilson, Vince Vaughn dan Bradley Cooper. Dari bajet produksi sebanyak $40 juta, filem ini mengutip lebih daripada $285 juta di seluruh dunia. Selepas itu, McAdams membintangi bersama Cillian Murphy dalam Red Eye. Selepas ditayang, filem ini yang dibuat atas bajet $26 juta mengutip lebih daripada $95 juta di seluruh dunia.[27] Pada lewat tahun 2005, McAdams membintangi The Family Stone bersama-sama Sarah Jessica Parker, Diane Keaton dan Paul Schneider.[28][29] Filem ini mencapai kejayaan komersial: ia menelan kos $18 juta untuk dibuat dan mengutip lebih daripada $92 juta di seluruh dunia.[30]
McAdams kembali ke karier filem pada tahun 2008 dan membintangi Married Life bersama Pierce Brosnan dan Chris Cooper dimana beliau melakonkan watak Kay Nesbitt.[31] Filem ini mendapat tayangan terhad dan gagal dalam box-office. Ia hanya mengutip lebih daripada $2 juta di seluruh dunia, gagal untuk mendapatkan balik bajet pengeluaran sebanyak $12 juta.[32]
Selepas itu, McAdams membintangi The Lucky Ones bersama Tim Robbins dan Michael Peña.[33] Filem ini juga mendapat tayangan terhad.[34][35] The Lucky Ones merupakan filem paling kurang berjaya dari segi komersial dalam karier McAdams sehingga tahun 2012, hanya mengutip $266,967 di seluruh dunia.[36]
Pada tahun 2009, McAdams membintangi bersama Russell Crowe, Helen Mirren dan Ben Affleck dalam State of Play sebagai Della Frye.[37] Filem ini mengutip lebih daripada $87 juta di seluruh dunia.[38] Juga pada tahun 2009, McAdams membintangi bersama Eric Bana dalam The Time Traveler's Wife berdasarkan novel dengan tajuk yang sama.[39][40] Filem ini mencapai kejayaan komersial, mengutip lebih daripada $101 juta di seluruh dunia.[41] Pada lewat tahun 2009, McAdams membintangi Sherlock Holmes sebagai Irene Adler bersama Robert Downey, Jr. dan Jude Law.[42] Filem ini mencapai kejayaan komersial, mengutip lebih daripada $524 juta di seluruh dunia.[43]
Pada tahun 2010, McAdams membintangi bersama Diane Keaton dan Harrison Ford dalam Morning Glory diarahkan oleh Roger Michell. Filem ini mencapai kejayaan komersial, mengutip $58 juta di seluruh dunia berbanding bajet produksi sebanyak $40 juta.[44] Pada tahun 2011, McAdams membintangi Midnight in Paris bersama Owen Wilson dan Michael Sheen sebagai Inez. Filem ini merupakan filem pembukaan Festival Filem Cannes 2011.[45] Dengan bajet produksi sebanyak $17 juta, filem ini mengutip lebih daripada $151 juta di seluruh dunia.[46] McAdams menyambung wataknya sebagai Irene Adler dalam Sherlock Holmes: A Game of Shadows.[47] Filem ini mengutip lebih daripada $543 juta di seluruh dunia.[48] Pada tahun 2012, McAdams membintangi bersama Channing Tatum dalam The Vow.[49] Filem ini dengan bajet sebanyak $30 juta merupakan kejayaan komersial dan menjadi kutipan box office terbesarnya sebagai pelakon utama.[50] Filem ini mengutip lebih daripada $196 juta di seluruh dunia.[51][52]
Pada tahun 2013, McAdams membintangi bersama Ben Affleck dalam To the Wonder.[53] Selepas itu, McAdams membintangi Passion bersama Noomi Rapace.[54] Pada lewat tahun 2013, McAdams membintangi About Time bersama Domhnall Gleeson[55].
Pada tahun 2014, McAdams membintangi bersama Philip Seymour Hoffman dalam A Most Wanted Man, diarahkan oleh Anton Corbijn.[56][57][58] Pada lewat tahun 2014, McAdams menerima bintang di Canada's Walk of Fame.[59][60]
Sejak bulan Jun 2015, McAdams membintangi sebagai Ani Bezzerides dalam musim kedua siri HBO True Detective bersama-sama Taylor Kitsch, Vince Vaughn dan Colin Farrell.[61]
Juga pada tahun 2015, McAdams membintangi bersama Bradley Cooper dan John Krasinski dalam Aloha,[62] dan bersama Jake Gyllenhaal dalam Southpaw.[63] Juga pada tahun itu, beliau merupakan salah seorang pelakon utama dalam Spotlight bersama Michael Keaton, Mark Ruffalo dan Stanley Tucci.[64] Filem-filem lain yang akan datang adalah Every Thing Will Be Fine bersama James Franco[65] dan The Little Prince.[66] Pada bulan September 2015, McAdams disahkan akan muncul dalam Doctor Strange[67] bersama-sama Benedict Cumberbatch.
McAdams menetap di Harbord Village kejiranan Toronto, Ontario, Kanada.[68] McAdams juga memegang kad hijau A.S. [69][70] McAdams mempunyai hubungan dengan Ryan Gosling bermula pertengahan tahun 2005 sehingga pertengahan 2007,[71] dan mereka kembali mempunyai hubungan singkat pada tahun 2008.[72][73] Beliau mempunyai hubungan singkat dengan pelakon Amerika Syarikat, Josh Lucas pada tahun 2009.[74] McAdams mempunyai hubungan dengan pelakon Wales, Michael Sheen bermula pertengahan tahun 2010 sehingga awal 2013.[75][76][77] Beliau mempunyai hubungan dengan pengurus muzik Kanada, Patrick Sambrook bermula pertengahan tahun 2013 sehingga pertengahan 2014.[78]
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2002 | My Name is Tanino | Sally Garfield | |
2002 | Perfect Pie | Patsy Grady (umur 15) | |
2002 | The Hot Chick | Jessica Spencer/Clive Maxtone | |
2004 | Mean Girls | Regina George | |
2004 | The Notebook | Allison "Allie" Hamilton | |
2005 | Wedding Crashers | Claire Cleary | |
2005 | Red Eye | Lisa Reisert | |
2005 | The Family Stone | Amy Stone | |
2007 | Married Life | Kay Nesbitt | |
2008 | The Lucky Ones | Colee Dunn | |
2009 | State of Play | Della Frye | |
2009 | The Time Traveler's Wife | Clare Abshire | |
2009 | Sherlock Holmes | Irene Adler | |
2010 | Morning Glory | Becky Fuller | |
2011 | Midnight in Paris | Inez | |
2011 | Sherlock Holmes: A Game of Shadows | Irene Adler | |
2012 | The Vow | Paige Collins | |
2012 | Passion | Christine Stanford | |
2012 | To the Wonder | Jane | |
2013 | About Time | Mary | |
2014 | A Most Wanted Man | Annabel Richter | |
2014 | Take Me to the River | Pencerita | Dokumentari |
2015 | Every Thing Will Be Fine | Sara | |
2015 | The Little Prince | The Mother | Suara |
2015 | Aloha | Tracy Woodside | |
2015 | Southpaw | Maureen Hope | |
2015 | Spotlight | Sacha Pfeiffer | |
2016 | Doctor Strange | ||
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2001 | Shotgun Love Dolls | Beth Swanson | Pilot |
2001 | The Famous Jett Jackson | Hannah Grant | Episod: "Food for Thought" |
2002 | Guilt by Association | Danielle Mason | Filem televisyen |
2002 | Earth: Final Conflict | Christine Bickwell | Episod: "Atavus High" |
2003–2005 | Slings and Arrows | Kate McNeil | 7 episod |
2015 | True Detective | Ani Bezzerides | 8 episod |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.