Quranisme, juga digelar kumpulan anti-hadis,[1][2] adalah Muslim yang mengikut al-Quran dan menganggapnya satu-satunya sumber teks suci dalam Islam. Mereka kebanyakannya adalah umat Islam progresif, menolak semua hadis dan sunnah atau kata-kata dan perbuatan Nabi Muhammad s.a.w. yang dicatat oleh ulama, yang dianggap penting oleh Muslim tradisional dalam agama Islam.
Ahli Quranisme juga dirujuk dengan banyak istilah, contohnya Qur'āniyūn (Arab: قرآنيونcode: ar is deprecated ) dan Ahl al-Qur'ān/ahle Qur'an (Arab: أهل القرانcode: ar is deprecated ), kedua-dua diterjemahkan sebagai ahli al-Quran, submitter, dan kadangkala dengan gelaran munkiru al-hadīth (Arab: منكروا الحديثcode: ar is deprecated ) yang bermaksud penolak hadis, anti-hadis dan sebagainya.[3]
Ahli al-Quran sahaja secara umumnya menganggap diri mereka sebagai "Muslim" sahaja, sebuah terma atau gelaran yang diambil dari dalam al-Quran itu sendiri. Mereka tidak menganggap diri mereka termasuk dalam mana-mana mazhab, seperti Ahli Sunnah Wal Jamaah atau Syiah kerana mereka tidak menerima ajaran selain al-Quran. Oleh itu sejagatnya mereka menolak hukum muktamad yang berlandaskan hadis oleh gagasan Muslim ortodoks seperti yang berlaku dalam kalangan pelbagai pengikut Sunnah Sunni, Shia, Sufi, Ahmadiyya and lain-lain mahzab pengikut hadis dalam Islam. Sejauh mana ahli al-Quran menolak kesahihan sunnah tidak dapat dipastikan, namun kumpulan al-Quran sahaja yang lebih lama bertapak mempersoalkan kesahihan hadith and menolak hadith sepenuhnya untuk pelbagai sebab, antara sebab yang paling utama ialah hadis tidak pernah disebut di dalam al-Quran sebagai sumber teologi dan amalan umat Islam. Hadis hanya direkodkan dalam bentuk tulisan setelah lebih dari dua abad setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Ahli al-Quran turut melihat hadis sebagai mengandungi ralat-ralat yang mempunyai percanggahan apabila dibandingkan dengan al-Quran. Ahli al-Quran sahaja turut menolak fatwa berasaskan hadis dan isu-isu yang berkaitan dengannya.
Terdapat sedikit sumber akademik tentang kewujudan ahli Quran sahaja sama ada dari sumber Islam ataupun luar.
Tulisan yang pertama berupa sejarah Islam, sama ada dalam hadis atau sejarah Islam memberi pandangan 'Quranist' Islam tidak disebut. Walaupun hadis tidak dianggap sebagai sumber sejarah yang dipercayai oleh ahli kumpulan al-Quran sahaja atau oleh pengkritik barat, hadis adalah standard skriptual[4][5] sekurang-kurangnya berkenaan isu-isu kontemporari yang dihadapi oleh umat Islam pada masa hadis itu dicatat.
Antara mazhab awal dalam sejarah Islam yang dicatat adalah Khawarij, yang berbeza dengan ketara dari ideologi Quranisme. Tiada rujukan dibuat tentang bentuk Quranisme dalam perbahasan tentang subjek ini. Quranisme yang disebut dalam perbahasan teologi yang kemudian adalah seperti Muktazilah.
Quranisme muncul dalam perbincangan dalam abad ke-20. Salah seorang penyokong utamanya adalah Rashad Khalifa, yang mengasaskan United Submitters International, tapi akhirnya mati dibunuh pada 1990. Ajaran Khalifa tertumpu pada penolakan sunnah sebagai sumber autoriti utama. Namun pendapat teologi Khalifa termasuk ajarannya tidak diterima oleh semua ahli Quranisme, termasuk kepercayaan yang al-Quran mempunyai satu kod ajaib berdasarkan nombor 19, bahawa Khalifa sendiri adalah seorang utusan Tuhan, dan bahawa Al-Quran sekarang ini rosak dan memerlukan ayat baru.
Ahli Quranisme mempunyai pusat pertubuhan dan sebahagian besarnya menyebarkan ajaran mereka melalui internet. Ahli Quranisme tidak mempunyai masjid yang berbeza dan cenderung untuk berdoa di masjid-masjid Islam yang ortodoks. Ahli Quranisme kekal sebagai mazhab kecil dalam dunia Islam, dan mereka mungkin membentuk peratusan besar pada zaman awal Islam, namun tiada bukti sejarah wujud untuk menyokong dakwaan ini.
Sebahagian daripada kesukaran dalam mewujudkan kredibiliti bersejarah bagi mazhab ini sama ada menggunakan kritikan teks sekular adalah bahawa Al-Quran yang terawal lengkap terbukti oleh sains datang dari abad ke-9 [6]. Earlier Quran fragments exist dating from the 8th century CE and possibly the late 7th century CE[7]
Bagi sejarah, satu gambaran yang ganjil muncul dua sekolah Islam dengan no rujukan sejarah: ideologi muncul hadithist berdasarkan hadith yang tidak disebutkan di dalam al-Quran sendiri dan direkodkan abad selepas fakta yang bersekedudukan, dan sebuah sekolah Quranist Islam tidak mempunyai rujukan kewujudan dalam abad (atau kemudian) awal Islam. Kedua-dua sekolah berdasarkan al-Quran, yang tarikh complition sendiri tertakluk kepada perbahasan sekali sejarah tradisional diketepikan dan radioaktif karbon dating digunakan untuk teks yang disediakan.
Perbezaan doktrin di antara ahli al-Quran sahaja dengan Islam ortodoks merangkumi perihal kecil kepada teras pusat kepercayaan seperti lima tiang agama Islam. Bahagian-bahagian yang mempunyai perbezaan ketara adalah:
Ahli al-Quran sahaja menolak hukuman-hukuman utama yang dibenarkan dan dilaksanakan oleh Mazhab-mazhab Islam Sunni and aliran Syiah Mazhab yang terlaksana selama lebih seribu tahun. Antaranya:
Ahli Al-Quran sahaja menyokong hak asasi manusia antarabangsa dan menggalakkan pemahaman semula Islam sebagai "suatu sistem kepercayaan yang sebenarnya serasi dengan nilai-nilai merdeka dalam suatu dunia demoktratik"[12] di bawah sokongan Hudud (Arabic ح). Namun, terdapat ahli Al-Quran sahaja yang kekal ortodoks bagi pendekatan terhadap hak asasi manusia, iaitu menyokong penuh aplikasi undang-undang dan hukuman yang melanggar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Mereka menyokong hukuman yang dilarang di dalam negara-negara bukan Muslim seperti memotong tangan untuk mencuri [13], pensaliban, pemotongan anggota badan dan hukuman mati ke atas musuh perang[14] kerana hukuman-hukuman tersebut termaktub di dalam al-Quran. Dalam apa pun kes, dengan mengambil kira aplikasi hukuman mati dan pemotongan anggota badan dengan mengambil kira taubat, pendekatan Quranis terhadap hak asasi manusia adalah lebih selaras dengan piawai hak asasi antarabangsa berbanding dengan undang-undang ortodoks Muslim/Shariah.
Hampir kesemua golongan Quranis menerima al-Quran Bahasa Arab seperti yang digunakan oleh kumpulan ortodoks Muslim, kecuali golongan minoriti 'submitter' yang berpaling kepada apa yang mereka dakwa sebagai al-Quran asli dengan mengeluarkan ayat-ayat 9:128-129 untuk dipadankan teologi 'Quran Code 19' mereka. Seperti golongan Muslim ortodoks, Quranis menerima al-Quran Bahasa Arab sebagai sumber berwibawa. Namun, tidak seperti golongan ortodoks lain, Quranis menganggap al-Quran sebagai sumber muktamad dan menolak Hadis serta Sunnah.
Golongan Quranist semakin aktif menterjemahkan al-Quran Bahasa Arab kepada bahasa-bahasa lain[15], kerana mereka menganggap kebanyakan penterjemahan oleh golongan ortodoks Muslim mengandungi berdasarkan tanggapan peribadi ataupun disalahterjemahkan untuk dipadankan kepada ideologi ortodoks. Al-Quran ortodoks kerap dipenuhi dengan ulasan dalam tanda kurungan - berlandaskan Sunnah - sepanjang ayat-ayat tertentu membuatkan pembaca mentafsirkan al-Quran melalui tanggapan penterjemah, walaupun ulasan-ulasan dalam tanda kurung tidak wujud dalam al-Quran Bahasa Arab. Walaupun begitu, ulasan dalam tanda kurunga tetap ada tetapi jarang - atau langsung tiada- dalam penterjemahan Quranis. Quranis boleh mencari nasihat maksud ayat-ayat tertentu daripada Quranis lain, tetapi guru tiada hak kekuasaan yang diturunkan daripada Allah seperti di dalam Islam Syiah, atau hak kekuasaan moral serta agama seperti di dalam Islam Sunni.
Walau bagaimanapun, penterjemahan Quranis mengalami cabaran-cabaran yang sama bagi menterjemahkan sesetengah perkataan-perkataan penting seperti penterjemahan ortodoks; contohnya, sesetengah Quranis menyatakan bahawa Surah 4:34 dengan jelas membenarkan isteri yang berdegil dipukul sepertimana yang dipersetujui oleh golongan ortodoks Islam, manakala Quranis yang lain tidak mentafsirkan ayat-ayat tersebut sebagai pukulan fizikal seperti mana penterjemahan 19.org menyatakan sebagai pisahkan daripada mereka. Golongan Sunni dan Syiah pula memberikan ulasan tambahan kepada Surah 4:34, dengan Sunnah mengatakan pukulan ke atas muka tidak dibenarkan mahupun pukulan yang memberikan kecederaan kekal. Quranist pula tiada ulasan tambahan mengenai isu ini. Cabaran-cabaran lain termasuklah sama ada al-Quran membenarkan tangan seorang pencuri dipotong ataupun diselar, sama ada minum arak dibenarkan dan sama ada Neraka adalah abadi ataupun seketika.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.