From Wikipedia, the free encyclopedia
Puteri Terantai atau Andromeda (And) ialah salah sebuah daripada 48 buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi Yunani-Rom abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah satu daripada 88 buruj moden. Terletak ke utara khatulistiwa samawi, buruj ini dinamai sempena Andromeda, anak perempuan Kasiopeia, dalam mitos Yunani, yang terantai kepada batu untuk dimakan oleh raksasa laut, Ketos. Andromeda adalah paling prominen semasa malam musim luruh di Hemisfera Utara, bersama dengan beberapa buah buruj yang dinamai sempena watak-watak dalam mitos Perseus. Oleh sebab sudut serong utaranya, Andromeda boleh dilihat hanya ke utara garis lintang 40° selatan; untuk para pencerap jauh ke selatan, buruj ini terletak di bawah ufuk. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada buruj terbesar, dengan keluasan 722 darjah persegi. Ini adalah 1,400 kali ganda saiz bulan purnama, 55% daripada saiz buruj terbesar, Hydra, dan melebihi 10 kali ganda saiz buruj terkecil, Crux.
Andromeda | |
---|---|
Buruj | |
Nama Latin | Andromeda |
Singkatan | And[1] |
Genitif | Andromedae |
Sebutan |
|
Simbolisme | Andromeda, Puteri Terantai[2] |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
23j 25m 48.6945s–02j 39m 32.5149s[3] | |
Keserongan | 53.1870041°–21.6766376°[3] |
Keluarga | Perseus |
Keluasan | 722[4] darjah persegi (ke-19) |
Bintang | |
Bintang utama | 16 |
Bintang Bayer/Flamsteed | 65 |
Bintang dengan planet | 12 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 3 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 3 |
Bintang paling terang | α And (Alpheratz) (2.07m) |
Bintang terhampir | Ross 248[5] (10.30 tc, 3.16 pc) |
Objek | |
Objek Messier | 3[6] |
Pancuran meteor | Andromedid (Bielid) |
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −40°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan November. | |
sunting |
Bintang tercerahnya, Alpha Andromedae, ialah sebuah bintang dedua yang juga telah dikira sebagai sebahagian daripada Pegasus, sementara Gamma Andromedae merupakan sebuah bintang dedua berwarna-warni dan sasaran popular untuk ahli astronomi amatur. Hanya sedikit lebih malap daripada Alpha, Beta Andromedae ialah sebuah raksasa merah, warnya boleh dilihat dengan mata kasar. Objek langit lepas paling jelas bagi buruj ini ialah Galaksi Andromeda mata kasar (M31, juga dipanggil sebagai Galaksi Agung Andromeda), galaksi pilin terdekat dengan Bimasakti dan salah sebuah daripada objek Messier tercerah. Beberapa buah galaksi kelam, termaskulah penyamping-penyamping M31, M110 dan M32, serta NGC 891 yang lebih jauh, terletak dalam Andromeda. Nebula Bola Salji Biru, sebuah nebula planet, boleh dilihat dengan teleskop sebagai objek bulat biru.
Dalam astronomi Cina, bintang-bintang yang membentuk Puteri Terantai merupakan anggota-anggota bagi empat buruj berlainan yang mempunyai keertian astrologi dan mitologi; sebuah buruj yang berkaitan dengan Puteri Terantai juga wujud dalam mitologi Hindu. Puteri Terantai merupakan lokasi sinaran untuk Andromedid, pancuran meteor lemah yang berlaku pada November.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.