From Wikipedia, the free encyclopedia
Jeneral Putera Naruhiko Higashikuni (東久邇宮稔彦王 , Higashikuni-no-miya Naruhiko Ō, 3 Disember 1887 – 20 Januari 1990) ialah seorang putera Jepun yang berkhidmat sebagai seorang pegawai dalam Tentera Darat Empayar dan ke-43 Perdana Menteri negara tersebut dari 17 Ogos 1945 sehinggalah 9 oktober pada tahun yang sama dengan tempoh selama 54 hari. Ayahanda ipar Maharaja Hirohito[2]ini merupakan Higashikuni adalah satu-satunya ahli kerabat diraja Jepun yang pernah mengetuai kabinet serta jeneral pegawai Tentera Darat Jepun terkabir yang memegang jawatan Perdana Menteri. Beliau juga mengasas Institut Teknologi Chiba.
Putera Naruhiko Higashikuni | |
---|---|
東久邇宮稔彦王 | |
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 20 Januari 1990 102) | (umur
Pusat pendidikan | Akademi Tentera Empayar Imperial Jepun Maktab Perang Tentera Jepun |
Pekerjaan | Putera Diraja General |
Parti politik | Bebas |
Pasangan | Toshiko, Puteri Yasu |
Ibu | Terao Utako |
Bapa | Asahiko, Putera Kuni |
Perdana Menteri Jepun ke-43[1] | |
Memegang jawatan | 17 Ogos 1945 – 9 Oktober 1945 |
Didahului oleh | Kantarō Suzuki |
Diikuti oleh | Kijūrō Shidehara |
Maharaja | Shōwa |
Kerjaya ketenteraan | |
Kesetiaan | Empayar Jepun |
Perkhidmatan | Tentera Darat Imperial Jepun |
Tahun perkhidmatan | 1908–1945 |
Pangkat | Jeneral |
Arahan | Divisyen Tentera Darat Jepun ke-4, Perkhidmatan Udara Tentera Darat Imperial Jepun, Tentera Darat Jepun ke-2, General Defense Command |
Pertempuran | Perang China-Jepun Kedua Perang Pasifik |
Anugerah | Darjah Yang Maha Utama Kekwa Darjah Matahari Terbit berbunga Paulownia, Darjah Burung Helang Kembara Emas |
Tugas lain | Ahli politik |
Tandatangan | |
Setelah Jepun semakin kalah dalam kegiatan peperangan mereka di ambang akhirnya Perang Dunia Kedua lalu Perisytiharan Potsdam terpaksa diterima pihak tersebut, Maharaja Hirohito melantik Putera Higashikuni menggantikan Laksamana Kantarō Suzuki sebagai perdana menteri pada 16 Ogos 1945. Kabinet pilihan beliau ditugaskan memastikan penghentian pergerakan Tentera Empayar dengan teratur serta meyakinkan rakyat Jepun bahawa institusi maharaja mereka berada dalam keadaan yang selamat. Beliau meletakkan jawatan pada bulan Oktober tahun yang sama selepas menghadapi pertelingkahan dengan Pemerintah Tertinggi Kuasa Berikat mengenai pemansuhan Undang-Undang Pemuliharaan Keamanan 1925 (治安維持法 Chian Iji Hō) yang mengharamkan sebarang bentuk tindakan membangkang dasar-dasar politik kemaharajaan negara Jepun.
Beliau mencuba mewujudkan beberapa perusahaan runcit setelah bersara sebagai Perdana Menteri namun keseluruhan syarikat-syarikat tersebut gagal. Beliau turut menjadi pengerusi kehormat Persekutuan Seni Bela Diri Antarabangsa pada 1957.
Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung di Tokyo pada 20 Januari 1990 ketika berusia 102 tahun 48 hari iaitu lebih lama daripada hayat isteri, kedua-dua anak dan adik beradik beliau, bahkan lebih lama daripada Hirohito mendiang anak saudaranya sendiri.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.