From Wikipedia, the free encyclopedia
Bagi vertebrat, pundi hempedu (cholecyst, biliary vesicle) merupakan organ badan kecil yang penting bagi penghadaman lemak dan memekatkan hempedu yang dihasilkan oleh hati.
Sebarang komplikasi dialami hempedu manusia sehingga memaksa penyingkiran pundi ini (lazimnya melalui pembedahan) tidak akan menjejaskan keseluruhan badan kebanyakan individu.
Pundi hempedu merupakan sistem berongga yang terletak betul-betul di bawah hati.[1] Bagi manusia, pundi hempedu berukuran sekitar 8 sentimeter (3.1 in) panjang dan bergarispusat 4 sentimeter (1.6 in) apabila kembang sepenuhnya.[2] Ia terbahagi kepada tiga bahagian: fundus, badan dan leher. Leher meruncing dan bersambung dengan salur biliari melalui duktus sistik, yang kemudiannya bersambung dengan duktus hepatik sesama untuk membentuk duktus hempedu sepunya. Pada leher pundi hempedu terdapat lipatan mukosal yang dikenali sebagai kantung Hartmann, di mana batu hempedu biasanya tersangkut. Sudut kedudukan kantung hempedu terletak antara tepi kosta dan tepi lateralpada otot rektus abdominis.
Lapisan berlainan pundi hempedu adalah seperti berikut:[3]
Tidak seperti salur usus lain, pundi hempedu tidak memiliki muskularis mukosa.
Apabila makanan berlemak memasuki saluran penghadaman, ia merangsang rembesan kolesistokinin (CCK). Sebagai tindak balas kepada kolesistokinin, pundi hempedu dewasa, yang menyimpan sekitar 50 mililiter (1.7 U.S. fl oz; 1.8 imp fl oz) hempedu, membebaskan kandungannya kedalam duodenum. Hempedu pada asalnya dihasilkan dalam hati, mengemulasi lemak dalam makanan separa hadam.
Semasa simpanan dalam kantung hempedu, hempedu menjadi semakin pekat yang meningkatkan keberkesanannya dan meningkatkan kesannya pada lemak.
Pada tahun 2009, ia dicadangkan bahawa pundi hempedu mampu menghasilkan beberapa hormon pankreas, termasuk insulin.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.