Puncak syahwat
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Puncak syahwat, klimaks atau orgasma merupakan keadaan di mana seseorang mencapai puncak kenikmatan secara seksual, tidak kira sama ada ia dilakukan sendiri seperti masturbasi atau onani, dibantu menggunakan alatan khas, atau bersama pasangan. Puncak syahwat ini berlaku pada lelaki dan perempuan dan biasanya dikenal pasti melalui kenikmatan fizikal yang amat sangat dan dikawal oleh sistem saraf autonomi (luar kawal)[1]. Puncak syahwat diiringi oleh kitar pantas pengecutan otot pada bahagian ari-ari yang mengelilingi organ seks dan dubur. Puncak syahwat sering kali dikaitkan dengan tindakan luar kawal pada bahagian lain badan, perasaan gembira secara umum, dan kadang-kala penghasilan bunyi luar kawal. Tanda umum bagi puncak syahwat adalah apabila keluarnya air mani bagi lelaki atau air berahi bagi wanita.
Puncak syahwat juga boleh berlaku semasa tidur terutama semasa bermimpi melakukan hubungan seks.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.