![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/7a/Sin_Cowe_Island.png/640px-Sin_Cowe_Island.png&w=640&q=50)
Pulau Sin Cowe
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pulau Sin Cowe (Bahasa Inggeris: Sin Cowe Island, bahasa Cina ringkas: 景宏岛; pinyin: Jǐnghóng dǎo, bahasa Vietnam: Đảo Sinh Tồn) ialah sebuah pulau di Union Banks[1], kepulauan Spratly (koordinat tertulis pada stele kedaulatan ialah 9°53′7″N 114°19′47″E). Dengan keluasan 8 hektar (20 ekar), ia adalah pulau Spratly ketujuh terbesar dan ketiga terbesar daripada yang diduduki oleh Vietnam. Ia mempunyai terumbu pinggir yang berada di atas air ketika air surut.[2]
Fakta Segera Geografi, Lokasi ...
![]() Pulau Sin Cowe | |
Geografi | |
---|---|
Lokasi | laut China Selatan |
Koordinat | 09°53′07″N 114°19′47″E |
Kepulauan | Kepulauan Spratly |
Pentadbiran | |
District | Daerah Truong Sa, wilayah Khanh Hoa |
Commune | Komune Sinh Ton |
Demografi | |
Populasi | 31[perlu rujukan] |
Tutup
Pulau ini telah dikuasai oleh Vietnam sejak 1974, pertama oleh Tentera Laut ARVN Vietnam Selatan, diikuti oleh Tentera Laut Republik Sosialis Vietnam selepas 1975. Pulau ini juga dituntut oleh China, Filipina dan Taiwan.[3]