From Wikipedia, the free encyclopedia
Pulau Alcatraz adalah sebuah pulau yang terletak di Teluk San Francisco, 1.5 batu (2.4 km) di luar pantai San Francisco, California, Amerika Syarikat.[1] Pulau ini yang seringkali dirujuk sebagai "The Rock" merupakan sebuah pulau kecil yang dibangunkan dengan kemudahan untuk sebuah rumah api, sebuah kubu tentera, sebuah penjara tentera dan sebuah penjara milik Biro Penjara Persekutuan sehingga 21 Mac, 1963.[2] Bermula pada bulan November 1969, pulau ini telah didiami lebih untuk lebih dari 19 bulan oleh sekumpulan Indian Amerika dari San Francisco yang telah mengambil bahagian dalam activitisme India di seluruh negara dengan bantahan awam sehingga tahun 1970-an. Pada tahun 1972, Alcatraz telah menjadi sebuah kawasan rekreasi kebangsaan dan dikenali sebagai Mercutanda Bersejarah Negara pada tahun 1986.
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Pulau Alcatraz | |
---|---|
IUCN Kategori V (Pandangan darat/laut yang dilindungi) | |
Lokasi | Teluk San Francisco, California |
Bandar raya terdekat | San Francisco, California |
Luas | 22 ekar (8.9 he)[1] |
Ditubuhkan | 1934 |
Badan pentadbir | Khidmat Taman Negara |
sunting |
Pada hari ini, kemudahan di pulau ini dioperasikan oleh Khidmat Taman Negara sebagai sebahagian dari Kawasan Rekreasi Negara Golden Gate; ia dibuka untuk lawatan. Para pelawat boleh pergi ke pulau ini melalui feri Pier 33, berdekatan dengan Fisherman's Wharf di San Francisco. Pada tahun 2008, feri pendorongan hidrib pertama negara memulakan perkhidmatan ke pulau ini.[3] Alcatraz seringkali dipaprkan di dalam banyak filem, TV, karton, buku, komik dan permainan.
Alcatraz pertama kali telah dibangunkan sebagai instalasi ketenteraan pada tahun 1850 dan kemudian diubah menjadi penjara tentera, hingga tahun 1933. Barak Hukuman Amerika Syarikat di Alcatraz diambil alih oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada 12 Oktober 1933. Pulau ini menjadi penjara persekutuan pada bulan Ogos 1934. Selama 29 tahun penggunaannya, penjara ini menempatkan beberapa penjenayah yang terkenal seperti Al Capone, Robert Franklin Stroud (Manusia burung dari Alcatraz), dan Alvin Karpis, yang ditahan di Alcatraz jauh lebih lama daripada tahanan yang lain. Penjara ini juga menyediakan perumahan untuk staf Biro Penjara dan keluarga mereka. Kini para anggota keluarga yang menghuni pulau itu dan menjadikannya rumah mereka dapat bergabung dalam Perhimpunan Alumni dan ikut serta dalam majlis reunion tahunan yang merayakan pembukaan penjara ini pada akhir minggu kedua setiap bulan Ogos. Kebanyakan anggota keluarga mempunyai cerita-cerita kesayangan mereka yang sering mereka ceritakan tentang pengalaman dibesarkan di The Rock.
Dengan keputusan Jaksa Agung AS Robert F. Kennedy, tempat tahanan ini ditutup untuk selama-lamanya pada 21 Mac 1963. Penjara ini ditutup kerana kos operasinya jauh lebih mahal daripada penjara-penjara yang lain, dan teluk ini mengalami pencemaran teruk dari aktiviti pembuangan sampah tidak terurus dari sekitar 250 tahanan dan 60 keluarga Biro Penjara di pulau itu. Penjara AS, sebuah penjara tradisional yang didirikan di darat dibuka pada tahun yang sama untuk menggantikan Alcatraz.
Pada 1969, sekelompok orang Red Indian Amerika dari berbagai suku, yang menyebut dirinya Indian Bersatu dari Semua Suku (banyak dari mereka yang pindah ke Daerah Teluk di bawah program penghentian bantuan pemerintah), menduduki pulau ini, dan mengusulkan didirikannya sebuah pusat pendidikan, pusat lingkungan hidup dan kebudayaan. Menurut orang-orang yang mendudukinya, dalam sebuah perjanjian suku Sioux, pemerintah mengakui bahawa semua tanah persekutuan yang tidak digunakan lagi perlu dikembalikan kepada suku bangsa Pribumi yang dahulu memilikinya. Selama masa pendudukan itu, sejumlah gedung dirusakkan atau dihancurkan, termasuk ruang rekreasi, tempat tinggal Pengawal Pantai, dan rumah kepala penjara. Sejumlah gedung lainnya (kebanyakan apartemen) dihancurkan oleh Pemerintah AS setelah pendudukan itu berakhir. Setelah pendudukan selama 18 bulan, pemerintah memaksa mereka keluar.
Pulau yang dikenali juga sebagai "The Rock," (Batu Karang) ini ditampilkan dalam filem 1996 movie dengan judul yang sama. Puluhan filem, termasuk Escape From Alcatraz dan X-Men: The Last Stand, telah menampilkan Alcatraz sejak 1937.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.