![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/12/Proton-Persona-Red.jpg/640px-Proton-Persona-Red.jpg&w=640&q=50)
Proton Persona
From Wikipedia, the free encyclopedia
Proton Persona; (Jawi: ڤروتون ڤرسوناcode: ms is deprecated ) merupakan siri kereta padat dan subpadat keluaran syarikat pengeluar kereta Malaysia, Proton.
Proton Persona ڤروتون ڤرسوناcode: ms is deprecated | |
---|---|
![]() | |
Maklumat | |
Pengilang | Proton |
Pengeluaran | 1993–sekarang |
Pemasangan | Malaysia: Proton City, Perak (PTMSB) |
Kelas | Kereta padat / C (1993–2016) Kereta subpadat / B (2016–sekarang) |
Generasi pertama Proton Persona (C90) merujuk kepada model eksport bagi Proton Wira. Penggunan nama 'Proton Persona' pertama kali digunakan pada November 1993 di pasaran British. Persona asal ini kemudian disertai dengan model 3-pintu Persona Compact, dan model 2-pintu Persona Coupé.
Model generasi kedua Proton Persona (CM) dilancarkan pada Ogos 2007. Siri CM merupakan model Proton pertama yang menggunakan nama 'Persona' bagi pasaran negara sendiri. Ia berasaskan pelantar Proton GEN•2 yang dipanjangkan, dan dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback GEN•2. Persona CM menggantikan model sedan sedan Proton Wira bagi pasaran Malaysia dan C90 Persona bagi pasaran eksport.
Generasi ketiga Proton Persona (BH) dilancarkan pada Ogos 2016. Ia dibina berasaskan pelantar Proton Iriz yang dipanjangkan, dan dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback Iriz. Ia menggantikan terus model Persona CM berusia 9 tahun di negara sendiri.
Pada 23 April 2019, Proton melancarkan versi Facelift Persona bersama Iriz.[1] Proton mendakwa kedua-dua kereta itu mempunyai lebih 300 bahagian yang ditukar dan ditambah baik. Sehingga 18 Februari 2021, edisi hitam Persona telah dilancarkan secara maya di Facebook.