![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/8b/2003_Proton_Jumbuck_%2528C90%2529_GLSi_utility_%252823352098994%2529.jpg/640px-2003_Proton_Jumbuck_%2528C90%2529_GLSi_utility_%252823352098994%2529.jpg&w=640&q=50)
Proton Arena
From Wikipedia, the free encyclopedia
Proton Arena (juga dikenali sebagai Proton Jumbuck di United Kingdom, Taiwan dan Australia) merupakan sebuah coupe utiliti kecil yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Malaysia, Proton.
Proton Arena | |
---|---|
![]() Proton Jumbuck GLSi (Australia) | |
Maklumat | |
Pengilang | Proton |
Juga dikenali | Proton Jumbuck |
Pengeluaran | 2002–2009[1] |
Pemasangan | Malaysia: Shah Alam, Selangor |
Kelas | Ute |
Gaya badan | Coupé utility 2-pintu |
Reka letak | FF |
Enjin | 4G15 1.5 liter l4 |
Penghantaran | Manual |
Jarak roda | 2,600 mm (102.4 in) |
Panjang | 4,455 mm (175.4 in) |
Lebar | 1,690 mm (66.5 in) |
Tinggi | 1,420 mm (55.9 in) |
Berat Kerb | 1,045 kg (2,304 lb) |
Berkait | Proton Wira |
Diperkenalkan pada tahun 2002, ia merupakan model pikap tunggal yang pernah dihasilkan oleh Proton dan satu-satunya merupakan model Proton yang mempunyai lebih populariti di pasaran eksport berbanding pasaran domestik. Konfigurasi suspensi Arena merangkumi topang MacPherson daripada sebuah saloon di hadapan dan torsion beam, leaf sprung di bahagian belakang.[2] Modifikasi lain termasuk gandar belakang keras, bar stabiliser dinaik taraf, brek cakera 14", brek gelendong 9" dengan load sensing proportioning valves (LSPV) dan penggunaan tayar yang diperkuatkan. Lotus Engineering menyediakan beberapa penambahbaikkan.[2]
Arena dikuasakan oleh sebuah enjin Mitsubishi 4G15 1.5 liter, 12 injap injeksi minyak elektrik (EFI) yang dipasang dengan sistem ECU Proton EMS 400.[2] Kecekapan bahan apinya rendah untuk sebuah pikap (5.8 liter per 100 km di lebuhraya and 8.5 liter per 100 km di bandar), tujuannya bukan untuk kerja berat dan mengisi segmen pasaran di bawah yang utiliti yang lebih besar.